Saturday, January 23, 2010

Inspirasi Baru

Hari ni mahu buat sedikit review
Ehe, sikit je ye
Agak tiada cerita yg boleh dicerita terang2
Kalau bisik2 punya banyak lah

Semalam baru habis menjawab dua buku soalan
Jawab ke masalah nya?
Oleh kerana, untuk semester ni budget sudah agak lari
So, no movie, no outside food, no and no and no
Walaupun teringin sangat nak tonton Toothfairy
Sampai nak beli novel pun menagih ihsan Umi
Hahaha

Last week, pergi jengah website Jemari Seni
Publisher novel2 Hlovate
Tunggu bila Versus boleh dibeli
Tapi tak diketahui lagi
Then, terpandang satu novel baru oleh Noor Suraya
Ala, penulis Tanah Andriyana, cerita yang sangat disukai sejak form 1 !
Biasanya, cerita2 dari Kak Su ni klasik2 sikit
Tajuk dia klasik, cover pun, bahasa pun
Tapi kali ni tajuk novel nya

Jaja & Din

dan cover nya
Hehehe
1st time tengok cover dia pun rasa macam "Asal lak gambar dia camni?"
Sampai Umi kata "Cerita apa tu, kenapa gambar depan macam buku2 Ema je"
Note : Buku2 Ema tu merujuk kepada novel kanak2 yg baru nak meningkat remaja
Tapi, pernah tak dengar statement
Dont judge a book by it's cover
Pernah? Good then
Kalau tak, google la ye tuan puan

Dan gaya penceritaan novel ni juga agak berlainan sedikit
Sebab minggu lepas baru je khatam kan kembali Biru Ungu Cinta oleh pengarang yang sama
Jadi slow jugak la untuk adapt gaya cerita yang berbeza

Namun begitu
Cerita nya sangat menarik.Serius.Bagi saya lah.
Kalau tak best, tak ingin pun susah2 bagitau
Tentang seorang wanita yang bekerjaya, yang agak kurang alim,
yang tak layan dengan cinta, dan banyak lagi yang2 la
Tiba2 jatuh hati pada seorang ustaz, itupun setakat ternampak gambar dia je

Sengal pun ada gak bila baca pasal perempuan camni
Macam mana Jaja ni mencari2 siapa ustaz tu, 'meminang' dan seterusnya

Tapi dinasihati, kalau baca, jangan skip part kisah para anbiya, hadith2
dan terjermahan2 ye
Kalau tak, tak sampai la message cerita ni :)

Cuma, tertanya tanya la
Ada ke kemungkinan wujud perempuan macam tu
Yang tak pernah hidup susah, yang ada semua lengkap
Tiba tiba sanggup hidup dengan lelaki yang serba serbi kurang
Tetapi lengkap dengan ilmu agama ?

Juga, ada ke lelaki yang baik2 macam tu boleh terima dan sentiasa sabar
dengan perempuan yang macam....erm tak berapa baik ?

Kan orang selalu ulang macam ayat dalam Surah Annur
"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

Tapi kalau awal kurang baik, akhir2 jadi baik
Still dikira kan?
Saya dikira baik tak? Hahaha

Tak tahu la
Saya masih tak cukup asam garam kat dunia ni lagi
Baru 20
Mungkin lagi 20 tahun boleh kot jawab
Kalau la umur panjang....

...

Eh, kata sikit, kenapa macam dah berjela jela
Isk

Esok dah mahu pulang ke kolej
Isnin sudah memulakan modul baru
Neuroscience, yang orang selalu katakan tough
Semoga baik2 sahaja


Well, till then
Malam semua



Tiba2 rasa sedih lihat Heechul menangis2 dalam teaser MV Trax
Dia bukan lelaki yang suka tayang2 air mata free macam Korean guy yg lain
Walaupun dia cantik macam perempuan. Haha



Thursday, January 14, 2010

Midnight Rambles

Kyaaa~
Hujan turun dari langit
Malam ni tak guna headfone
Jadi boleh dengar air mencurah2 dengan jelas
Mahu tidur yang lena malam ini

Semalam radio bagitahu
Penggunaan headfone yang lama sehari2
Boleh terdedah kepada infection
Huahua
Beware =)

....

Sepatutnya satu entry perlu ditulis beberapa hari yang lalu
Kerana mood yang swing swing sedikit
dan plus dengan kerja menggunung Everest
Semua ayat hilang begitu sahaja
Tapi, semua yang penting
Selamat disimpan dalam folder sulit dan buku rahsia
Hahaha

...

Esok tiada kelas
So, agak bersuka hati menolak nota ke tepi, untuk sementara waktu
Jadi mari berjalan jalan
Macam biasa, blog walking and hopping
Paling suka blog yang penuh dengan gambar yang cantek!
Foto2 yang biasanya heavy digital edited atau diambil dengan DSLR
dan semestinya wedding photos are the most beautiful one
Gambar2 tu nampak bernyawa, macam objek yang bergerak dengan sangat perlahan
Kalau foto dari compact digital camera, depends la, tapi kebiasaannya nampak flat

Sebab sangat suka artwork2 sebegitu,
jadi suka bereksperimentasi dengan photoshop
Walaupun bukan pro dan terkial2
Apatah lagi biasa2 je outcome dia
Maka kena rajin explore
Tanya je En. Google, penuh dengan tutorial
Try and error
Still tak reti guna tools yang advance
Tapi tak kesah la,
Cantik di mata kamu, kadang2 tak cantik pun pada mata saya
Vice versa

Bak kata kawan di tepi bila mereka2 mengusung DSLR dinner hari tu
"Camera idaman"
Senyum je time tu
Dalam hati, "Haah, gadget impian"
Tapi, kadang2 bila baca tutorial2 dia,
"OMG,banyaknya teknik"
Entah bila masa nak dicuri
Time management saya sangat teruk...
.
Tapi, dalam hidup
Tak boleh tumpu dan master dalam satu bidang je
Ibarat macam makan benda sama tiap2 hari
Ilmu kat dunia ni tersangatlah luas untuk di explore

Anyway, it's a long term plan though

Priority masih kepada Ebook Reader
Serius, dah hampir setahun setengah mencari gadget tu kat KL
Sampai Abi pon semangat tolong tanya2 merata tempat
Tapi hampa
Cuma tak tergerak untuk online order je
Semoga tahun ni benda itu wujud :)

Ophthalmoscope tak nak beli pulak. Ngehehe

....

Hampir sejam berkunjung ke photoshop & photoscape
Teringat beberapa keping foto dinner sabtu lalu

Orange cake yg lembut, Rice cake yg sejuk


Minta ampun terlebih dahulu kepada tuan punya badan :)
This is what we call candid
Semua cantik saje




Masa fifth year students naik stage ramai2,
Seriously wajah, figure mereka
Erm, how to say it... sangat matured.
Kalau diorang claimed diorang adalah doctor pon, daku percaya saje
I wonder how about us in 3 years and half later
Hahaha


Hmm
It's time to sleep I guess
Till then, Nyte



Adam Lambert's Whaddaya Want From Me is sticking on my playlist


P/s : Sape mahu pergi Super Show this March, roger saya !!!
20th March.Rase2 free ke time tu?





Edit : Boleh tahu kenapa upload gambar guna blogger, dia jadi pecah2 ye?
Benci.
Saya dah hyperlink balik foto2 di atas, direct to my photobucket account
Time to find the tips!

Wednesday, January 6, 2010

One Peaceful Evening

Hari ni hari bercuti
Bila cuti, automatically mind set bertukar kepada mode malas
Tips untuk rajin, please?

Teringat zaman setahun matrikulasi
Bila flash back
Hati kecil di belakang sana kata "You've changed, a lot"

Masa itu, setahun yang sungguh bermotivasi
Mind set yg sangat kuat
Competitive
Basically, I could control myself to stick to the routine

Itu kebiasaan apabila seseorang pernah jatuh, rasanya
Jatuh yang hanya Allah je tahu macam mana untuk berdiri
dan senyum kembali

Im impressed with myself in those days
Dont hate me for that, please :)

But that's it.

Hidup mesti balance
Study and Leisure
Dunia dan Akhirat
Friends and Family
Makan, tidur pun.
Haha

Im not who I was
Im just trying to be balance

P/s : Setakat ni berjaya control money and diet selepas bertekad hari tu
Ah~ Victory I


Dan ahad ini, akan ada dinner faculty
Di mana, tak pasti pula
To tell the truth, I've spent zero for that night
Haha
Entah,not eager to dress up
Pergi nak makan je.heee
Ah, abaikan saya.

...

Pagi hingga lewat tengahari memang tak berniat pun nak being idle
Tapi sakit datang berkunjung
dan sebab mood yang tak berapa stabil
So I've spent this whole beautiful evening reading
Nicholas Spark's The Choice
until the last page

This book belongs to her. Thank you.

Macam biasa ayatnya, perkataannya, ceritanya indah
Sangat descriptive
Kalau Malaysian punya novelist,
maybe macam style Noor Suraya kotAdd Video
At first, I thought its going to have a sad ending
Just like his previous books
But then..
Try to guess. haha


No bedtime story book anymore
-_-



You're such a beautiful man
Haih. Envy.

Dont dare to call him as a gay. He's not.

Picture is taken from here.

Saturday, January 2, 2010

Fighting !

Sepatutnya bercerita semalam
Sebab semalam yang banyak kisah
Hari ni dah hilang semua
...
Wanna start with some reviews

Cirque Du Freque : Vampire's Assistant

Mononton Khamis lalu,
Boleh la kalau rasa2 bosan tak tau nak tengok apa,
You may watch this book-to-movie
This movie tells another 'fact' about vampire
If in Twilight, those vampires quite clean,neat and attractive
But in this movie, they look filthy a bit. hehehe
The freak people tu memang freak habis la!
Yang buat I tengok movie ni sebab si Darren tu handsome
Time dia dah jadi vamp la
Huahua :)

Ehem, movie ni baru keluar 31st Dec hari tu ye
I dont know cinema mana yg dah tayang before tu
But not GSC and TGV of course




Sherlock Holmes

Semalam Cikda belanja tonton cerita ini
This is a must watch movie!
Released on 24th Dec
Pendek je ulasannya

...


Dah lama menanti 31 haribulan
Sebab ade 31% less di Baskin Robbins
Tetapi rupanya tiada di Pavillion, isk3
Frustated.

Fine kalau begitu.

1st Jan 2009 di Strabucks ada buy 1 free 1
So, ingat 2010 pon begitu
Tetapi lagi sekali, tiada pun
Hmm

Even, takde promotion pun, still beli je.

Khamis : Baskin Robbins + Pizza Hut
Jumaat : Baskin Robbins + RasaMas + Starbucks
Sabtu : Secret Recipe

Ingat dapat bertahan nak kontrol diet last week
Harapan tinggal harapan.
Hmm.Mesti kuat semangat!

...

Semalam juga, kami group CHC 4b membuat lawatan pertama
Kami dapat patient Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Kanak kanak lelaki 13 tahun
Overall, dia normal je
Just di tak behave macam umur mereka 13 tahun yang lain la
Tapi family dia tersangatlah mesra
Seronok berborak dengan mak dia
Erm, tak perlu rasanya post gambar mereka

...

Esok sudah mahu pulang kolej
Hati kena ikhlas



Happy Birthday Ummi !