Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Well Well Well, Hi There!


Hiyya! Assalamualaikum :)

Bukanlah kerana saya malas mengarang mahupun tiada cerita. Cumanya, I love sharing my pictures through Instagram better. Hihi tapi blog boleh membebel panjang berjela. Brace yourself.

Cuti hampir menjangkau 4 bulan. Orang lain baru sebulan cuti dah gelisah. Saya sebulan, dua, tiga pun relax lagi. Sebab memang dah aim awal-awal, at least after raya baru start menabur bakti di hospital.

4th month. I'm joining the club. I'm officially anxious, worried, menyampah semua ada. What are they doing really. Ughh.

Tuesday, June 4, 2013

Ladies & Gentlemen, I Am Still Here.

 photo TFIOS.jpg

Oh hai assalamualaikum!

Secara logiknya, dah habis final exam, dah unofficially grad dan seterusnya bercuti, sepatutnya free la kan. Lantas banyak masa lapang untuk update blog, yang dah abandoned since forever ni. Akan tetapi, realiti seringkali tidak terjadi seperti yang diimpikan. Haha.

Ah, nyah kau semua alasan. Sebenarnya malas, tu je.

Tak reti nak mengarang ayat indah. Yang tersusun rapi. Yang manis(?) dibaca. Yang bermanfaat, sarat dengan ilmu bagai. Segala-galanya lah...sedih la pulak. Ceh. Tapi nak teruskan jugak, sebab suka baca balik post dulu dulu. Oh that's not narciss, please.

Bukan sahaja mengarang, blog orang lain pun sudah lama tak berkunjung. Haa. Prepare teman temanku, akan ku lawati dan update your thoughts. Sediakanlah buah tangan apa yang patut...erk.

Enough with the bebelan semata.

Sunday, April 29, 2012

May The Odds Be Ever In Your Favor!

Photobucket
                                                                                                                 
Selamat berjuang untuk kamu yang exam minggu ni!
Doakan semua berjaya dapat A terus hehe.

Nanti dah habis exam, saya bagi souvenir eh.

All the best :D

Friday, March 23, 2012

Cuppies

Photobucket 

The first one with cream cheese & strawberry  ♥

Mind you, this post gonna have a lot of picturesss.
Think twice before you click continue reading :P

Sunday, November 27, 2011

Brand New Dress

Photobucket

Hai selamat berjumpa kembali!
Rindu saya tak? Err.

Oh please la cakap awak perasan TMW dah berubah wajah ehee
Minta maaf la kalau load lama sikit (should be sekejap je)
Tak complete lagi pun.

Template theme: Pale plum
Template name: Simplicity (bukan Simply Siti ye)

Setahun sekali je tukar baju. Tak mampu.


Thursday, October 13, 2011

Memang Jahat

Photobucket

Binatang ini memang jahat.
Membuat tidur malam saya tak lena.
Sekejap sekejap saya pergi wall FB dia, harap harap ada post gambar baru.

Wednesday, March 30, 2011

Perutusan

Okay ini bukan Perutusan Raja Sehari
Yang sejak kebelakangan ini sering terdapat di notifikasi Facebook.
Oh bukan. Sila jangan bermimpi :)

Ini hanyalah satu permintaan kecil dari saya.


Photobucket


Ini kes malas nak save dan upload gambar banyak kali.
One shot terus semua dalam satu image.Hehe.

Okay, saya tahu dia ala ala illegal.
Tapi... tapi sharing is caring kan? (Tiada ayat nak cover dah)
-_-"

Tak kisah lah, in case, kalau ade dalam folder awak, ape salah nye kan.
Saya nak bacaaaaa.



By the way, catatan untuk hari ini.

  • Misi mencari lens baru tapi murah serta travel shoe tak tercapai.Hampa.

  • Dalam tempoh 36 jam ini, saya hanya tidur 3 jam sahaja, mata saya sedang menjerit jerit sekarang.

  • Adjustment Bureau menarik tapi mengarut.Haha.Saya lagi suka Inception.

  • Exam? Err. Oh. Saya tak sediakan speech pulak untuk itu. Next.

  • Computer Lag + Slow Internet = Ujikaji tahap kesabaran saya sedang dijalankan.

  • Saya beli novel baru, Tinta. Dah lama tak baca kisah dalam bahasa ibunda.

  • Good luck final year result esok! Im so gonna call you Doctor tomorrow. Wow.

  • Okay, sekian terima kasih.

  • Oh satu lagi, saya balik esok. Si Boooolat, wait for me baby brother ♥


Malam semua.
I need my pillows now!


Esok ada reunion, kalau takde saya, nanti tak meriah pulak. Kesian. Hmmmm.


Tuesday, November 23, 2010

Apresiasi Seni

Semalam, bosan bosan tengah workshop.
Suruh la orang kat sebelah ni misscall my number.
Sengaja.

Dengar caller ringtone.
Dia tanya "Lagu apa ni? Tak pernah dengar pun."

Saya buat muka comel ala ala Puss in Boots
Lalu berkata, "Mainkan lagu ni untuk saya boleh?"

Okay part buat muka comel tu tipu je.Wakaka.
Mana lah saya reti buat muka macam Mae Ri ni.

Photobucket
Thanks, Koala for the screencap :)



Dan tiba tiba tadi ada orang tag video di facebook.




One In A Million - Ne-yo

Thanks Kiko :)

Saya nak lagu Korea pula please.Haha.

...

Korean drama lovers, please la pergi tonton cerita ini.

Mary Stayed Out All Night
a.k.a
Marry Me, Mary

Sangat comel.And funny!

Photobucket

Mae Ri jeongmal kyeopta!
Suka muka comel Moon Geun Young sejak Innocent Step.
Dan sangat berbeza dari Cinderella's Sister.

And of course la saya eager nak tengok, sebab Geun Suk oppa berlakon XD
Macam pelik la pulak Geun Suk ni dipanggil oppa -_-

Rasanya ni third time kot dia berlakon as a lead vocalist in a band.

Apepun cerita dia memang menarik.
Dan bukan remake.
Tak suka remake drama, nanti orang compare compare.
Macam Playful Kiss, kesian Hyun Joong :P

Sekarang tengah bersabar episod 5 di download.
Lalu tonton tanpa faham apa yang diperkatakan.
Sebab subtitle dia mesti la lambat lagi nak keluar kan.
Kenapa Viikii tiada T_T


Eh, abaikan saranan tiada faedah ini.
Saya suka, tak semestinya awak suka :)

....

Semalam akhirnya, saya berjaya tengok Super Show 2 setelah dua tahun menunggu.


Photobucket
Mestila bukan saya punya kan, ada HD version tak?


Wah~~~~
The way I reacted to those close-up performances are so....
....as if I was there.

Love the VTRs
Love the energy
Super Show is the only way to watch Heechul perform almost full-heartedly.
Haha.

Can't help, am still just a fan girl :)

....

Saya nak cerita pasal Vampire Diaries,
Tapi macam tak aci la pulak kan review series tu je kan,
Tapi buku buku lain tak.

The seventh book will be out next year.

Photobucket

Just a short note,
Vampire Diaries books and drama are two different stories.
Although they got the flow,
But still...from the characters until the story line are totally off.

So, okay je baca buku dan pada masa yang sama tengok tv show dia.
Sebab lain lain kan.
Takde spoiler.Hehe.

But Damon is so Damon, either in book or drama :D





Haih, sudah sudah la tu bercerita kisah kisah tiada faedah ini.
Till then.



Photobucket

"Chagiya, saranghae"

Saturday, June 12, 2010

A Baby Step

Kesiannya dia..
Kena tinggal sebulan

Untuk sebulan dua hari,

Exam > Basic Clinical Class > Result > Pindah > PPD Camp > Today

and this Monday will be the 1st day of my 1st posting
Obstetrics & Gynecology
atau lebih famous disebut sebagai Sakit Puan
Yeah!

Walaupun orang kata ini killer posting
ataupun lecturers nya yang garang

Tapi, saya ada kawan2 yang cool untuk go through bersama-sama

....

Oh, saya tiada gambar2 menarik untuk ditampal di sini
Masa PPD camp konon2 dah charged camera battery
Padahal tak pun
Maka, menumpang kasih kamera orang lain je la
plus Pak Hasnan punya jugak.haha

....

Okay, mari kita bercerita tentang bilik baru saya
Bak kata Kak Ain di blok elF
Housemates saya semua 5th year students
So, bila mana saya ade kemusykilan,
Sah2 lepas tu akan terpacak depan bilik mereka
Hehe

Okay, saya cat bilik saya
Itu semua orang tahu
Walaupun saya tak tahu macam mana mereka tahu

Jangan terkejut ia bukan pink color
Huh. Kalau anda musykil, saya lagi musykil kenapa bukan pink
Saja, wanna hava a change :)

Dinding bilik kecil saya ada dua warna
Oren & Kuning

Konon2 kuning itu menceriakan hari hari saya seperti sang mentari di waktu pagi
Tapi sebenarnya ia buat saya stress sebab terang sangat
Actually, it was supposed to be cream color
Heh.Whatever.

Sememangnya, saya tak mampu berpisah dengan merah jambu yang comel
Saya rasa bersalah kalau memilih yang lain
Haha.Saiko tapi benar.

Jadi rindu pada kotak pink yang lama~
Siap signed lagi kat dindingnya..

Oh, lupa nak beritahu, saya sedang menanam pokok bunga sakura
Besar.Much taller than I expected.
Tapi tak habis berbunga lagi, mungkin esok saya pulang dah full bloomed kot
Nanti kemudian hari saya post gambarnya :)

....

Hmm. My only White Angel dah jatuh sakit..sedih.
Sedih, betul2 sedih.
Baru dua tahun bersama
Nak buat macam mana tuan dia tak pandai jaga

So, kalau ada message/call yang tak ter reply tu
Harap maklum ye, tengah darurat ni

Tak sanggup nak ganti baru
Sentimental value yang sangat tinggi
First handphone yang dibeli hasil titik peluh sendiri masa matrik dulu
I mean, 100% from my own saving

Haih.will see.
Boleh pulak si Super Junior promote Samsung Galaxy S masa2 ni


...

Ingat tak post pasal Bree Tanner
The Short Second Life of Bree Tanner
by Stephanie Meyer

Yang free online reading tu
Still ada lebih kurang sebulan lagi kepada yang nak baca

Tapi, ye, akan tetapi,
Short story ni tak boleh dimuat turun ke reader
ataupun save as html etc.
Hanya boleh dibaca di sini sahaja

Tapi online reader di situ memang cool
Macam baca buku betul

Here the screenshot


Tapi, saya ni baca direct on laptop screen memang kurang sikit
Hard copy kat MPH : RM49.00
Mahal betul, Breaking Dawn yang tebal tu pon lagi murah
Maybe sebab hard cover kot
Waiting for the paperback!


Dalam sebulan yang penuh ini
Sempat juga mengkhatamkan beberapa novel
  • Third book of The Immortals Series, Shadowland by Alyson Noel which is pretty interesting to continue with Dark Flame this 22 June.
  • The Last Song by Nicholas Sparks. This story, really made my eyes sting. The highlight of the story is relationship between father & daughter.
  • A Walk To Remember by Nicholas Sparks again..Sedih juga.Read for the 2nd time, since form 4. Tapi sedih2 pun gelak sorang diri juga.
  • Half of Jaja & Din by Noor Suraya. Memang dah lama berniat untuk mengulang baca novel ni sebab cerita dia sweeeeet sangat. Tapi baca separuh je la, dari si Faiza dan Burhanuddin Al Helmy kahwin sampai si Din ni balik dari perang di Afghanistan.Oh, touching.
  • And currently reading Message In A Bottle by Nicholas Sparks (I can say it's quite boring,hua~) and Eclipse by Stephenie Meyer (preparation for this July.huehue)
Oleh kerana telah membaca The Last Song
So, I'm looking foward to this July, to be exact 8th of July, for the movie

Kat Hollywood dah lama dah released
Malaysia je baru nak kuar, sama la macam Dear John

Cumanya berharap, movie nya tidak la too much sangat lovey dopey
Sebab based on the book, bagi saya main character nya adalah Ronnie & her farther, Steve
Rather than Ronnie & Will

Both The Last Song and Eclipse will be in cinema on 8th of July
Which is, ehem, a day before my 21st birthday
Hahaha
So, sape2 nak treat me to the movies, you're welcome :D

....

Esok pulang ke kolej, kolej baru saya, KTDI di HUKM
So, kepada siapa2 yang pernah ke Titiwangsa melawat
Saya sudah tiada di sana
Maka, sila ke Cheras ye

Hua, new semester, new hope, new spirit..weewit!
Hwaiting~!


It took me more than 7 hours to publish this post..isk3


Friday, May 7, 2010

Because He Loves Red

Duka lara hati
Haih

Penat naik KLIA Express
semata2 mahu cepat tiba
Malangnya..Pukul 12 ?!
Bukan after solat jumaat?

Apekah?
Sabar je la.
Pembaziran masa terlampau
Tapi lagi membazir duit tambang

...

Hmm
Rabu lepas berjalan2 ke Mid Valley
Ditemani adek yang sedang berduka cinta
Kes tak dapat hanta bf kat klia.heh
Kebetulan JCard Day. Indah betul.

Tercapai hasrat ingin memiliki sepasang sandal
dan juga si bulat comel pink ini


Hari tu dah nak beli kat Sogo
Tapi si sales girl buat muka berlagak ayam
Menyampah betul dengan manusia berhidung tinggi ni
Hello, walaupun bad day, customer comes 1st okay.

Pastu, time kat Jusco
Sebaik la encik tukang promote tu sangat tabah melayan pertanyaan saya
Thumbs up for you!
"Sebab saya bagi awak special, awak dapat dua botol sample"

Haha, terima kasih.

Photobucket

Satu sebab kenapa suka sangat hari rabu
Buy one scoop, get free one scoop
Just show you pink
Obviously I was wearing a pink scarf

Serius, Cotton Candy flavor sedap!

...

As usual, time to review!

2nd book of The Immortals series
I would say it is better than the first book

Awal2 masih dibayangi Twilight
Start Damen hilang terus speed up bacaan
Interesting~

Tapi dia punya psychic power rasa macam nak gelak
Haha

3rd volume : Shadowland

Photobucket


Extra half than Evermore

...

Have I mentioned about Red Cherry?
Yes, Red Cherry, even it's not red.

But please give most heartwarming welcome to her,

Photobucket

At first I looked up for Kindle
But this really caught my eye

Kepada pencinta buku sekalian,
sememangnya saya suggest pada anda untuk memilikinya
Worth buying babe.

Tak payah dok kelek buku tebal2 ke sana ke mari kan?

Masa dapat, abi belek dulu
Dengan baik hatinya, dia transfer Al Quran
Ebook pertama.
Baik, saya dapat message nya.

Why do you think Red Cherry?
Hint: Kim Hee Chul
Haha
...

Selepas mengamati Super Junior 4th Jib release date
Baru perasa significant nya.

Sorry Sorry on 12th March : 12 people involved on the 3rd album
Bonamana on 10th May : 10 people involved
Heartbreaking betul.
Why not April then?
Hmm, too much comebacks in April perhaps?

...

Oh tiba tiba rasa worn out
Penat.Lethargy.

Nite.


Eunhyuk: Our world prettiest miinah, my heart was captured...
My dears, are you ready?
ELF: More than ready!Let's go!


Monday, May 3, 2010

Gaho?Heebum?Baengshin? Naaah

Should have read the summary carefully,line by line
At least I would be prepared
But then....

Okay, baru je habis epilogue


Seriously, tak tahu ceritanya cerita thriller
Haish, memang pantang cerita seram/suspens melampau/hantu
Apa apa seumpanya

Dulu Harry Potter dah cukup buat tidur malam tak lena
Melampau tak?Haha

Dah la memang time membacanya adalah pukul 2 pagi dan seterusnya
Sorang2 yang masih berjaga
Beserta angin menderu dari luar
Bunyi anjing dok bersahut sahutan
Tak ke tambah effect keseramannya?
Haila

It started with a love story, relationship and so on
And suddenly, an obsessive, psycho, possessive guy appeared
Plus he was charming too

And the story began...
Stalking, running, hiding, haunting
and killing

Akhirnya, the end
Phew~

Currently : Blue Moon

...

Never thought I could see my two favorite weirdos on the same show
Chullie VS Kwonnie
Go Heechul! Go Jokwon!

I can see some similarities between both of them
What I can say is dua2 sengal!

By the way, Heechul is now part of Family Outing!
and I bet there'll be some more Kkapness of Heechul & Kwon after this
Hoping the subbed one,please.

...

Huih, dah berhari2 tak keluar rumah. Bosan.

Waiting for my baby arrive safely in my arm :P

Rella
Fishy
Angel
Fairy
and what now?
Have no idea


Oh, craving for a bowl of ice cream!
Hokey Pokey? Mixed Fruit pon okayyyy



Peneman overnight study, my favorites.

Edit : My bad, forgot to add one more line, That Should Be Me,
yeah, that should be me...
Okay, so that's it.

Monday, April 19, 2010

Genap Seminggu

Bila cuti2 ni, tangan jadi berat betul!
Tak patut

Okay, JPA dah masukkan duit
Akhirnya.
Boleh berbelanja tanpa rasa bersalah seperti bulan yang lalu
Oh sebelum ni, akaun negative RM500
Melampau, mencatat sejarah hidup seorang Najwa Fadhlina
Jadi terjangkit dengan Hlovate & Rnysa menggunakan 'seorang'

Oleh sebab itu, saya dengan murah hati, selepas dipujuk pujuk,
belanja keluarga tercinta,
5 kotak pizza berserta 2 set chicken wings
Dan berpicnic di tasik Cyberjaya yang gelap gelita



Okay, macam biasa, ada cerita untuk dikisahkan
Setakat cuti seminggu ni, baru dapat habiskan 2 buku cerita
So, it's time to review!

by Noor Suraya

Another short story from 3 in 1 book
Ni sambungan dari Keranamu Ain
Novel yang pernah dipinjam masa form 2 kot

"Hidup ini sebuah kebun mimpi... apa yang kita
tanam hari ini, itulah yang kita akan tuai esoknya, Najwa"
Hahaha
Buka2 buku tu terus ada quote dengan nama itu :)

Tak pasti la samada jalan cerita dia memang tak clear
Atau condition masa membaca tu agak blur akibat 2 minggu memerah otak?
Tapi memang tak smooth la

Maybe sebab Kak Su cuba kaitkan semua watak dari semua novel dia sebelum ni
masuk dalam short story ni
So bercampur2 sikit

Namun, ending nya unexpected la.Isk.

by Rnysa

Seperti yang pernah ditulis sebelum ni
Novel ni adalah favourite Kak Su & Hlovate
So, dengan curious nya nak tahu la macam mana kisahnya

Relevankah Aku Di Hati Mu
Jalan cerita dia menarik
Paling suka part flashback time sekolah kat SERATAS

Walaupun penat nak tune in gaya tulisan dia yang agak skema tak skema
Tapi kisah dia macam realistik, onak duri badai semua ada
Menarik sebab it started with friendship, 3 best friends
and ended with..... pretty complicated.Haha
Try la baca!

Tapi time baca tu otak masih blur lagi
Jadi, macam clear tak clear juga la cerita dia
Hahaha
Masalah betul.

So, to be fair and square
I wont give any stars.


Dan ingin memiliki buku ini.
Baru baca suku, penat la nak pinjam2 buku orang.

Denyut Kasih Medik.
Tentang fiqh dan medicine yang perlu berlari seiring sejalan
Kira macam mana Dr ni huraikan masalah perubatan dengan hukum islam
dalam bentuk cerita
Baca terus lompat ke Gynae part, sebab minat saya ke situ

....

Minggu depan nak pergi pack barang2 di kolej
Untuk berpindah ke HUKM end of May ini, insyaAllah

Maka tinggallah kotak pink tempat saya berdormansi setahun ini



Dan juga selamat tinggal pada koleksi ceritera saya
Selepas ini tempat mereka adalah kekal di dalam
kotak putih tompok2 merah jambu :)



Baik, dah tak tahu nak mencoret apa
Maka, selamat malam~


P/s : Hari tu tonton Three Idiots ramai2, serius, bukan cerita bollywood biasa
Hilarious, and at the same time banyak pengajaran.Sungguh.
Terima kasih pada Ciken yang semangat promote.Haha


3 minggu tanpa JoKwon & Ga In yang membosankan


Thursday, April 8, 2010

My Antidote

Tadi macam banyak je untuk ditulis di sini
Tiba tiba lepas tidur sepetang cover malam tadi punya kes
Terus hilang.

Ape ek nak cakap?
Rindu la da lama tak bercerita
Walau takde siapa sudi dengar, takpe
Seronok je story sorang2
Haha.

I would like to start with some book reviews.
First,Novel ni ala2 Rooftop Rant
Penuh, padat dengan seruan,
"Marilah berubah!"
Ala2 baca self enrichment book pon ada

Banyak ayat yang nak di quote di sini
Tapi bukunya tinggal kat kolej la
So, nak tau quotes yang menarik kenalah baca sendiri ye :)

Tapi banyak betul new vocab from this book
Bahasa skate overload buat kepala pening bila baca

Ada certain part yang bila baca
Like being hit by bullets, non stop.
Adoi!

Tapi, semua orang ada pendapat masing2
So ada je pendapat2 dalam tu yang macam saya tak berapa setuju sangat
No offense ey

Apapun, sangat bagus untuk dibaca!

Overall,

Next, short story from a compilation book,
Tiga Ceritera Dalam Sebuah, Damai.Oh, Suffiah dalam ni sangat comel
Sweet je watak dia

Dalam novel ni banyak petua2 memasak
Macam buku resipi pulak
Saya suka!
Tapi masakan tradisional la
Siap masak pakai kayu api

Pastu kat buku ni jugak dapat banyak vocab baru
Perkataan masak memasak
Loghat utara sikit

Yang seronok, watak favorite saya all the time pun ada sekali
Aliya & Fitri Hadi
Dari Tanah Andriyana yang saya jatuh cinta berkali kali tu

Walaupun pendek je kisahnya, tapi compact.

Maka,


Yang lagi 5 masih belum khatam
Eh sebenarnya ada lagi 7
Tambah dengan
The Guardian by Nicholas Spark
and
The Immortal Series: Blue Moon
Yang baru dibeli after assessment hari tu.Isk.

...

Abi dah keluar hospital 2 hari lepas after seminggu dalam ward
Anak sulung dia baru balik melawat hari ni
Maaflah terlewat, anakmu berperang di medan juang dalam 2 minggu ni
Huhuhu
Sampai2 je rumah, Umi terus cakap kat Abi,
"Anak kesayangan Abimu dah balik ni"
Sebaik lewat seminggu tak turunkan pangkat "Anak Kesayangan" tu
Miahahaha

Haih, trauma orang dok call last week tanya ayah meninggal ke?

...

Hmm
Bertukar mode

Tadi last paper, tinggal OSPE next Tuesday.

Dah set mind bersedia untuk pertama kalinya repeat paper.
Tak lain tak bukan, CNS tercinta la.
Penat berlebam mata menahan mengantuk sepanjang malam.Haih.

Umi marah cakap macam tu.
Dia kata cakap 44 kali betul2 Allah makbulkan
Yelah, doa dan tawakal kan masih ada
Walau apa terjadi, Allah tempatku bergantung harap.

Doa.
Tawakal.

Eh, usaha pun perlu untuk OSPE!

Pada yang bijak geliga otaknya,
Jangan la gelakkan saya yang kurang ni.
Pada yang rasa senasib,
Marilah kita kuatkan semangat.

Hua~

Hwaiting!


Nazaratul Na'aimah, selamat ulangtahun PBL mate.

dan

Nadiah, selamat berdua puluh satu tahun juga!

Makan cake jangan lupakan saya :)

...

Masa tidur yang hilang tak habis qadha' lagi
Malam semua!


Oh, dah dua minggu We Got Married tak on air kat Korea
Jadi rindu pada Si Kkap Kwon!
Hahaha

Wednesday, March 31, 2010

Dear You,

Hiyaaaa!

Jadi bosan bila tak membebel2 di sini
Kesian, Im a loner di tengah2 study week ni
Semua orang sedang bercinta dengan nota & buku
Madly deeply in love betul
Sampai takut nak kacau

Anyway,
Hari tu, pergi Kinokuniya
Dah jumpa Twilight Manga tu
Cool drawing dia
Masalahnya, harga RM70++
Ya, ia adalah masalah pada saya yang sedang papa kedana ni
Orang kata JPA masuk early April? Betul ke? wahhhh

So, hold la dulu buku yang cantik jelita tu
Masalah satu lagi nya, tiba tiba novel ni muncul pulak

The Short Second Life of Bree Tanner

Ingat tak Bree?
Newborn yang tolong Victoria masa nak attack The Cullen
Dalam Eclipse
Tapi at last surrender
Maka, ini kisah tentang dia.
Huh, double saving nampaknya

Namun begitu, boleh baca online for free 5 June ni!
Murah nya hati Steph

Masa baca "New Twilight book will be released"
Ingat Midnight Sun, dah terexcited sekejap




Thanks Heenim tolong announce kan :)


Semoga berjaya anda semua!



Eh, saya dah beritahu belum
Shine A Light both audio & video sangat hebat
Stage & lighting memang superb
And GD, oh tersangatlah energetic
Mahu!


Okay, mahu pergi lunch.


P.s : Doakan ayah & adek saya okay2 aja ye,
tak de credit nak call apa khabar sekarang.Isk



Friday, March 19, 2010

Not Worm, Not Pussy, but Book Fairy


Post exam reading


Versus by Hlovate [2010]
Waited so long
Kebun Mimpi by Noor Suraya & others [2008]
Compilation of 3 stories
Damai by Noor Suraya & others [2010]
Compilation of 3 stories too
R.A.D.H.A by Rnysa [2006]
As recommended by Hlovate in 5 Tahun 5 Bulan
Keranamu Ain by Noor Suraya [2001]
Read once in 2003
Rindunya Kian Membara by Noor Suraya [2004]
Bought because of the author, tapi takut tengok tajuknya.Hahaha


Nyanyian Tanjung Sepi out of stock.Isk.





Okay, mari simpan dalam kotak belakang katil.


Worth buying, save 40 ringgit.

Wednesday, March 17, 2010

Picturephilia

Sungguh tak sabar ke PWTC
Tak kisah lah kena redah lautan manusia yang sedang bercuti sekolah
Asalkan impian menjejak kaki ke sana tercapai
Wuuuwu


Semestinya mahu grab VERSUS by Hlovate, again :)


Sambungan, atau sebahagian cerita Ked's Story dulu
Secara betulnya, Versus ni dah keluar dulu daripada Ked's Story
Online reading la
Tapi saya ni, bab2 baca terus depan screen laptop ni..... agak kurang selesa
Habislah visual acuity saya yang tip top ni. Hahaha


Selalu berangan, kalau kena pakai speck,
nak pakai lense light butterscotch color
Boleh join The Cullens.heee


Lepas tu, teringin nak buat collection Noor Suraya
Nak try cari novel lama2 dia
Nyanyian Tanjung Sepi
Keranamu Ain
dan semua2 lah

Oh, semoga duit di kantung cukup.
Sekarang sedang hold beli English novel,
sebabnya masih berusaha untuk memiliki ebook reader
Hwaiting!



Dan juga,
Semestinya sungguh teruja untuk bertemu
mereka...

Oppa, cant wait :)




Maka,melayanglah nota2 bersih saya. Kasihan.

....


Sungguh, lama betul dah tak main masak2 dengan teman2
Petik daun hijau jadikan ikan
Kaut pasir halus jadikan nasi
Kutip buah bunga tanjung jadikan pucuk ulam
Haha. Eh, korang main ke benda2 kotor macam ni?

Lalu, semalam, lewat petang
Tiga anak gadis pingitan
Miahahahaha

Berangan2 menjadi suri rumah yang berpenat lelah sepanjang hari
Padahal masak Western food yang simple je kot!


Our Mushroom Soup as appetizer
Our Carbonara Spaghetti as main meal
Our Mango and Pear as dessert

But no drink, apekah.


Zue yang toss


Zatil punya masterpiece


Zatil, sorry bracelet awak tak kelihatan :)


Here our dinner, itadikimas!


....

Ini PBL members saya
Jamuan batch kami isnin lalu
13!

Missing in action : Kah Yan

Habislah kalau Alin tahu gambar ni di upload.
Ampun!



Dan ini gambar priceless
Suka tengok mereka dua yang sengal ni posing
Camera freaks!



Tak faham la kenapa gambar jadi pecah2
Tak smooth macam original
Padahal dah resized kecik
Blogger ni, sabotaj tau
Penat edit, walau photoscape
Tak sempat lah berkedai gambar
Haha




P/s : Dah tahu billboard tu iklan apa, Amanahraya 1Malaysia
Balik hari tu nampak lagi sekali, haha



Monday, March 8, 2010

Black & White & Red

Tadi siang, dalam bas, berfikir fikir
Theme untuk cover nota this semester
A good student should think how to finish the mountain of notes,seriously in the nick of time

Ada la dua untuk Endocrine & Gastrointestinal
Tapi macam tak nampak put an effort

At first, wanna make sort of posters of my favorite movies
  • The Twilight Saga
  • Harry Potter
  • Avatar
  • and this part was the prob, blank.

So it crossed my mind the perfect four item
The Twilight Saga books
Problem solved then :)

I keep the originality
Except the titles, absolutely & my name's fonts

So, here they come
Classic B&W with color of blood


Gastrointestinal & Hepatobiliary System

Spoil la title modul ni, panjang tak boleh blah


Tulisan Edward saya yang hot. Haha
Font : Camilla
Classic. Sesuai dengan umur beliau.


Endocrine System

Bella loves to scribble
Font : Pablo


Central Nervous System

Jacob Black helped me writing my name
Cool huh?
Font : Almagro Regular


Reproductive System

My favorite all the time, Alice Cullen's handwriting
Really really beautiful
Font : Joe Hand 2


The title's font : Zaphyr, rase nye la :)
Font untuk cover buku cerita Twilight
Comel nya bila sebut buku cerita
The movie's text, yerp, the cool one with scratch and glow effect tuh
That one belongs to Summit Ent.
So, never hope to find them scattering on the web
Fan made ada la
It's called Vamp

Additional,
Aro's handwriting : Lucida Blackletter
Charlie's : Asa Regular

That's all

Oh, kalau ada masa free
Try la buat benda ni dan tunjuk saya



Dang. Ink runs out.
Malam semua.




SPM result khamis ni, mesti dah senget orang kat rumah tu.
Tolong gelak je la.

Saturday, March 6, 2010

The Meadow

Note: The 1st part was me 3 days ago, not now.
Just let you know, my mood always back and forth.
Haha. Im human with XX in my genes
Can't help being little swingy... at certain time :P

....

Betul betul perlu berhenti menjadi stalker la

Tapi, bilamana manusia menggunakan otak
Sifat ingin tahu itu pasti wujud
Untuk?
Mungkin mencapai kepuasan sendiri
Atau ingin rasa lengkap, macam jingsaw puzzles.

Kalau menuntut ilmu tanpa rasa ingin tahu,apakah itu?

Namun perlu letak boundary antara perlu atau tidak
Necessary or non necessary, you choose
Ya, ini khasnya untuk saya yang sedang menulis

Curiosity killed the cats, babe.

Selepas ini, berpada pada lah
Kalau tak itu namanya busybody

Ya, macam orang selalu kata
Ignorance is a bliss.
So true


Tapi ku masih stalker tetap HO di Hospital Selayang
Miahahaha
Lempang diri sendiri buat perangai buruk!!!




P/s : Not really sure why I kept this as a draft for 3 days,
and what took me so long to finish?


....

Okay now, this is today's post. Kyaa~

Hmm. where should I start, lemme think 1st.
Okay, here now, review timeeee!


Panggil Aku Dahlia


Kisah tentang sengketa antara pemilik ladang teh dari generasi ke generasi
Kisah tentang misteri kematian ibu Dahlia 10 tahun dulu
Kisah tentang macam mana seseorang boleh bangun setelah jatuh
Ceritanya agak serius la, macam ala2 siri penyiasatan pun ada
Hahaha


Surat Ungu Untuk Nuha


Kalau Tanah Andriyana penuh dengan pantun gurindam
Surat Ungu Untuk Nuha penuh dengan puisi
Puisi dia memang la indah
Ada 2 3 puisi yang bila baca, boleh buat hati sayu sama
Heish, janganlah paggil Emo, bukanlah
Sebab ayat Kak Su selalu indah, benda yang tak cantik pun jadi cantik
Benda biasa2 je boleh jadi menarik


"Poets often use many words
To say a simple thing

But it takes thought and time and rhyme

To make a poem sing"



It really depends on you, how you interpret a poem

With that,
P/s : Review is what I feel, what I think...not a synopsis
I hate to write summary :)

...

Psst. I want to confide in ....whoever read this,
Im in Twilight madness, again.
That feeling when finished Twilight for the 1st time
When was it?
September 2008, think so.
After two years.
Bencinya.
Kacau la!

Ignore my maniac please, enough with pink and SJ
Too much to handle
Hahaha
Ok,period!

Just wanna tell my fellow Twilighter out there,
Twilight: The Graphic Novel Vol. I
will be out this 16 March
Sort of like Manga
Collaboration between Steph Meyer and one Korean artist
I like Japanese Manga better, compared to Korean
But, Steph herself appraised this guy for his magnificent work. Woot!

Quite tempting for Twilight & Manga lover
Ngehhh
Will think twice and spend my almost-gone-money wisely
Hahahaha.Kesian.

Im so looking foward to watch Seth in Eclipse this June
He is my favorite guy (or boy) after Edward
But then he will not show up much in Eclipse
Long way to go to Breaking Dawn though
And Seth Clearwater is played by BooBoo Stewart
Really have no idea who he is


So much like Jacob, tanned skin, small eyes, dark hair
Chocolate abs? Not sure.
And plus he is way cuter than Taylor Lautner.Oopsie.
Hahahaha
By his looks,he fits in.
Well, we will see


Escaped from Pop and R&B with "The Meadow"




PP/S : Sorry, too much PS up there.
And please dont complain me being 3 in 1 instant coffee
Tiada mood okay membebel panjang2 di kala kebizian melanda hari hari sekolahku
Compilation.Okay what?
I love compilation albums.