Saturday, November 28, 2009

Pelangi Bila Mahu Datang?


Salam semua~

Hari ni adalah entry mengeluh.Sigh.
Sebelum itu, mari kita beringat2 sedikit,
Sesungguhnya mengeluh2 ni takde faedah mahupun kebaikan
Sangat2 tak bagus
Harap maklum
Hehehe

1) Modem internet kat rumah kena panah dengan petir.
Ces!
Baru plan nak tulis blog malam ni
Walaupun tengah menaip2 ni, tapi tak online pon
Macam mane tu?
Habis melayang semua idea....

2) Esok dah kena balik kolej, lusa dah start belajar.
Tak patut betul dok mengeluh2 pasal ni
Mencari ilmu kan itu fardhu
Hehehe
Cuti tak sampai 2 minggu, sape yang gembira?
Next month satu family pergi terbang sana sini
Cuti2 Malaysia
Aku? Hmm. Tasik Titiwangsa kan tempat percutian terhangat

3) Layout baru tiba tiba jadi cacat
Ni memang menyampah
Cuti2 ni memang berkeinginan nak tukar layout blog ni
Tapi malam tadi, tiba tiba perasan ada kecacatan terserlah di mata
Walaupun minor, tapi cacat tetap cacat
Pengajaran : Kalau taknak gambar cacat,
Jangan resize PSD file semua layer secara serentak
Kalau rajin resize satu2 layer
Kalau tak, save la dulu dalam format lain
Nota untuk diri sendiri

4) Im a Twilighter & I havent watched New Moon yet.
Tidak berkesempatan
Nak ajak adik, dia SPM
Mati la ngan mak kalau kidnap dia membuang masa
Teman2 menonton semuanya merantau jauh meredah benua.haih
No worry, still got time to kill
Siape yang tak menonton lagi, jom?

5) Parut 5cm di tapak tangan.
Khamis, hari keputusan 'perang' 2 minggu lalu
Ehe, exaggerate sket
Dan seperti biasa, tak pernah aku tak berdebar2 macam nak terkeluar jantung
Tapi, yang ntah hape hape nye,
boleh pulak office buka half day je
Dan yang tak boleh blah nye,
aku redah malam yang sunyi lagi kosong sorang2 kat office
Tengah cuak sorang2 tu, tiba2 terjatuh depan foyer
Hantu mane la yang tolak.Memang hantu betul
Sebaik parut semakin menghilang

6) Kehadapan John yang tersayang
Muehehe
Papa John kah?
Dear John yang pernah dibeli suatu ketika dahulu, telah selamat dikhatamkan
Akhirnya~
Bila sampai klimaks, tiba2 speed bacaan terus meningkat 120km/hr
Best!
Ayat Nicholas Sparks memang teliti, kemas dan indah
Terasa ingin membuat koleksi beliau
Tapi, yang sedihnya, lelaki setia itu hanya boleh lihat kekasih pujaan hati dari jauh
One of a kind punya ending

~

But then, after raining and cloudy days,
There are always Mr Bright Sunshine and Ms Wonderful Rainbow
I dah terasa aura matahari dan pelangi itu. Semoga =)

You're Beautiful & Nur Kasih dah pergi
Postman Heaven cepatlah turun


Monday, November 23, 2009

5 Namja

Kata nak berdormansi
Tapi, nak buat macam mane
Masa berkepul kepul untuk mengarang
Bahagia~
Yelatu, bahagia. Tengokla next week

Okay, mari teruskan
Lupakan yang lain yeh

Ada satu kerja takde kerja dibuat semalam
Just crossed my mind, last night
Cover notaku

Kalau sebelum ni, hanya tertampal tanpa sebarang caption
Tapi kali ni nak berkata2, because they are so hot!
Huahuahua

Tapi tak mau komen pasal tajuk nota tu



Blood & Lymph

Heechul and the Pink2 world
Beliau yang cantik jelita
Sentiasa buat aku rasa tergugat
Dia dah kurus kembali
Walaupun tak pernah rasa dia gemuk pon sebelum ni
Ok, mari tuka ayat
Dia dah kembali skinny-keding
He lost 8 kg within 2 weeks
Jeles...
[ Mereng ]


Respiratory System

Kwon Ji Yong yang stylo habis
First of all, mahu congratulate
The Best Album of The Year
at MAMA Awards
and rambut nya dah hitam kembali!
Suka~
Hmm, tapi kalau SM ent. participate,
U rase GD oppa boleh menang ke
Sorry Sorry ?
Oops, no offence!


Urinary System
The cutie dongsaeng, Lee Hong Ki
Falling for him because of his charming voice
and now really adore his acting
Sape Korean Drama lover tak tengok You're Beautiful
U memang dah jadi ex lover la camtu
Hampir bergenang air mata tengok dia sedih heartbroken
HAMPIR ok
Takde guna membazir air mata, bukan free..
Next week ending~


Cardiovascular System
Shilang, Kim Hyun Joong
Sebab I peminat Ssangchu couple
So, tampal la sekali wedding photo mereka
Kenapa the way Shinwoo acting macam Jihoo sunbae?
Tenungan mata yang semacam pelik
dan agak robot
Hahahaha
Lagi sekali, no offence!


Medicine & Society II

Kim Jae Joong yang tersangatlah kacak
Seriously, first time tengok gamba dia,
"Apasal mamat ni ridiculously handsome?"
Walaupun plastic, ingat senang ke tuka jadi prince charming?
Hahaha
Honestly, Im not Hero punye hardcore fan
I admire DBSK as a whole
Their live performances never fail to amaze me


So, selamat berkenalan dengan mereka
Hotties
Malas nak resize cover2 size A4 tu, double click ea
(^_^)


Hmm,

Specially to Maryam,
Berkenaan dengan permintaan tuan hamba,
Rasanya I dah pernah buat soalan2 tu sebelum ni
Mungkin seperti di bawah

Photobucket

ataupun
di bawah ini

Photobucket

Terima lah ye Yam ^_^
Hehehe


Next,

Tepat 10 pagi
Bak kate ummi
Genaplah 19 tahun bagi adikku
Pada 23 Nov 2009
Selamat bersembilan belas tahun


Dan pada 23 Nov 2009 ini
yang juga 5 Zulhijjah 1430
Selamat 21 tahun buat...
Kepada siapa ek?
Buat diriku la !
Hahahaha
Setahun dua kali birthday kan?
5 Zulhijjah 1409
Hari lahirku dalam hijrah


Niat di hati nak tukar layout cuti2 ni
Tapi tak tergerak tangan ke arah itu
Sebab layout yang di bayang2 kan tu macam complicated je html nye
Malas mahu serabutkan kepala yang memang dah berselirat ni
So?
Postpone.
Period!
[ Pemalas ]


Mari puasa esok, mahu?


Friday, November 13, 2009

Selamat Malam Semua !


Awal2 nak bagitau
Ngantuk tahap tak hengat nih
Tidur malam tadi ibarat tidur petang ku
Eyebag pon rase cam dah ala2 Hyun Joong, tak pon Park Bom
Hehehe

Habis paper tengahari tadi terus serang TS
Bersama berbelas2 yang lain
Menonton
Hua~
Gerun dengan scene2 "End Of Day" itu
Sakit jantung menahan risau aksi2 cuak
Sedih bila tiba masa untuk ucap goodbye forever
And it looks like real
Maksud ku bukan hari kiamat itu ye,
Air,tanah dan api yang memusnah itu nampak real

Bila tengok scene2 tu, macam boleh ada sifat empati kepada
manusia2 yang ditenggelam Tsunami, digoncang dek gempa bumi....
Boleh buat hati terdetik,

"Kalau manusia punya imaginasi pun sebegitu ngeri,
apatah lagi Allah punya pembalasan yang sebenar"


Hmm

Tapi part ending tu memang totally unacceptable
Happy ending yang untuk menyedapkan hati mereka2 yang melihat
Which is not, of course not.
Manusia mati, dibangkit untuk dihitung
Itu janji Allah

....


Jadi
Apa khabar exam?
Masih demamkah?
Jangan tanya soalan ni kembali ye
Free nanti kau dapat muka 5 sen aku


Masih stress?
Masih muka ketat, dahi berkedut, mulut memuncung?
Haha
Hei, kalau muka stress cam GD cool la jugak


Ramai dah habis exam
Kami jugak yang belum
Oh, seminggu yang memenatkan
-_-

Simpan je la keluh kesah tu sorang2
Kalau kau rasa soalan2 di atas kertas putih itu macam soalan ABC tadika,
diamkan sahaja..
atau
Bila kau tatap romaji2 itu ibarat macam menginterpretasikan bahasa Sanskrit
diamkan sahaja..

Bosan dengan yang mendongak ke atas tak henti2
Bosan jua dengan yang menunduk tak sudah2


Diam sahaja
Senang



Tawakal dan Doa mengiringi sentiasa
Eh tak
Masih perlu berusaha mati matian
OSCE tak habis lagi

Cuma,
Mari sama sama
Tarik nafas
Dalam2
dan
Lepas~
Huahua
Tolonglah jangan kata kau ikut apa aku suruh ni =P




Thanks GD oppa jadi model untuk wall ku hari ini
Sape soh cute sangat.
Hehehe
Saiko!

Masa untuk membersih apa yang perlu dibersih
Kemas apa yang perlu dikemas
Susun apa yang perlu disusun
and Sleeeeep.

Esok boleh bangun lambat.Yeay!