Saturday, December 31, 2011

Finale

Apa khabar nasi di daun?
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun?
Tinggal semalam bagai nak mati.

Tuesday, December 13, 2011

Food Haven

Photobucket
Hari tu dah nak post dah.
Dah berhari hari jadi draft.
Tapi setiap kali tengok gambar2 di bawah, tiba2 jadi lapar yang amat.
Terus saya pangkah laju laju.

Sekarang perut saya agak penuh sedikit.
Jadi bolehlah untuk tolerate dengan gambar2 makanan sedap (untuk beberapa minit)

Friday, December 9, 2011

Maknae

Photobucket
Welcome my new Colors member, Carissma :)
Itu baju baru dia saya jahit cepat2 semata mata untuk maknae.

Terima kasih untuk cebisan cebisan kain Cik Zatil :D

Sunday, November 27, 2011

Brand New Dress

Photobucket

Hai selamat berjumpa kembali!
Rindu saya tak? Err.

Oh please la cakap awak perasan TMW dah berubah wajah ehee
Minta maaf la kalau load lama sikit (should be sekejap je)
Tak complete lagi pun.

Template theme: Pale plum
Template name: Simplicity (bukan Simply Siti ye)

Setahun sekali je tukar baju. Tak mampu.


Wednesday, November 9, 2011

A Thousand Years

Saya sangat suka lagu ini.
Itu je.
Sangat sangat suka tau.


Thursday, October 27, 2011

Cuties



Photobucket

Selamat hari kanak kanak!
Pembuka cerita yang random.
Bila exact date dia pun sebenarnya tak sure.
Tapi yang pasti, bulan ini yeay!

Mari bercerita sambil diselang selikan dengan gambar.


Dongsaeng dia sangat cumilll :D

Thursday, October 13, 2011

Memang Jahat

Photobucket

Binatang ini memang jahat.
Membuat tidur malam saya tak lena.
Sekejap sekejap saya pergi wall FB dia, harap harap ada post gambar baru.

Saturday, October 1, 2011

Yesteryears


Take a little time, walk a little line
,
Get the balance right,
Give a little love, gimme just enough,
So that I can hang on tight.

You're just the one that I've been waiting for,
I'll give you all that I have to give and more,
But don't let me fall,
Don't let me fall.



Wednesday, September 28, 2011

Kawaii Neh

Selamat petang yang indah :)

Oo bahagianya kalau setiap hari macam ini.
Dapat tidur malam cukup 8 jam sehari.
Mata terang berderang satu hari.
Tak payah short nap di siang hari (short la sangat)

Tapi saya tahu itu mustahil untuk diamalkan. Takpe la.


Sekarang, saya sangat terpikat dengan blogger's template, Dynamic Views.
Paling suka dengan,

Flipcard
Photobucket

Semua post saya akan jadi thumbnails.
Post yang takde thumbnail, ada tajuk je -_-"

Abaikan blog description itu, superlame! Apesal la tak buang..


Thursday, September 22, 2011

My Precious Eleven

Tak tahu kenapa,
Saya sangat suka baca blog2 kepunyaan wanita2 comel yang punya tulisan terlalu comel.
Yang buat saya melawat saban hari untuk melihat post terbaru.
Eh, eh bukan. Saya bukan stalker.
Saya tak reti nak stalk2 orang ni, di luar bidang kepakaran saya.

Okay takde point sebenarnya.
Saja melalut di malam buta, setelah 3 hari berturut pergi kelas extra awal (before 7 tahu)
Esok boleh pergi lewat,ehe!
Tapi lewat sikit je la, setakat setengah jam lewat je.
Cukup cukup masa untuk mengelakkan lapisan mucosa perut saya terus menipis.


Sunday, September 18, 2011

Comentar

Masa untuk review!
Non KPop fans, sila pangkah tab ini sekarang.
Tiada apa yang dibincang selepas ini melainkan KPop/KDrama semata mata.
Sekian terima kasih.


1) Scent Of A Woman

Photobucket

Thursday, September 8, 2011

Hey Mistah!

"Oh this is how it starts,
Lightning strikes the heart,
It goes off like a gun,
Brighter than the sun,
Oh you could be the stars,
Falling from the sky,
Shining how you want,
Brighter than the sun."


Monday, September 5, 2011

Kekanda Di Medan Perang

Photobucket

Selamat hari raya ketujuh :)

Monday, August 22, 2011

Memoirs

Tadi termenung sambi kepenatan sorang sorang.
Separuh saya membebel "Kenapalah rajin sangat, kan dah penat...."
Separuh lagi menjawab balik "Haruslah penat bila buat kerja,apekahhh?!"
Saya sebagai satu orang "Apekemende mengarut ni?", lantas bangun terus mengemas bilik.

Penat~
Saya nak charger, macam Dok Go Jin.
My own charger. *Charging*


Okay, mari lupakan segala sengal kaki dan badan.
Kita teruskan dengan update seterusnya.


...
.....
...

Monday, August 15, 2011

If Only





Photobucket











Wednesday, August 3, 2011

Baju Raya Polka Dot

Sehari dua ni tangan saya cekal memegang jarum dan benang.
Semata mata nak buat baju raya untuk Chantilly (yang naked sejak lahir)
Dan juga baju raya baru untuk Ivory+Cerise (twin) sebab baju lama dah compang camping.

FYI, gardening dan sewing adalah perkara yang paling tidak diminati.
Kerja kerja menjahit masa Kemahiran Hidup dulu, semua hantar Umi jahitkan huhu~

Tapi hari tu blogwalking.
Jumpe felt craft yang cumil cumil.
Cute sampai rasa nak menjerit -_-"
Terus teringin nak buat satu, walaupun tahu takde talent pun.
Kalau digiscrap, papercraft terer la sikit...kot?


Photobucket
Chantilly, the youngest.
Itu kita panggil blanket stitch, go figure!

Tuesday, August 2, 2011

Applique

Welcome back oppa.
ELF tersangatlah hebat.
Tak sampai beberapa minit keluar, dah available on mediasharing.

MV please.

Review lagi sebulan nanti....kot.
Ada banyak benda lagi penting untuk bulan ini :P


Hye Mr Simple!


Monday, August 1, 2011

Nawaitu

Salam Ramadhan.

Selamat melipat gandakan amal ibadat.
Berusaha untuk jadi lebih baik dan istiqamah.
InsyaAllah :)


Photobucket


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى



Semoga punya contengan jalanan sendiri untuk Ramadhan kali ini hmm?





Saturday, July 23, 2011

22.0.2

Yey, akhirnya mood swing phase is over!

Baca blog Tatik and read the comments. Ahah.
Haha every girl goes through the same thing, again and again.
Bertahan je la kan semampu yang boleh.

Maka saya mahu update kisah kisah lama (yang tak berapa lama)

Hari ini umur saya genap 22 tahun 2 minggu.
Terima kasih untuk ingatan dan ucapan dua minggu lalu.
Thanks kat Fb juga, kerana mengingatkan kawan kawan akan hari lahir saya.
Tanpa beliau, birthday wishes saya takkan jadi begitu banyak hihi :P


Alhamdullilah untuk segalanya.
Photobucket
Mari kita refer ayat terakhir tu kepada inner beauty with beautiful mind :)


Photobucket

Tuesday, July 19, 2011

Ppo Ppo

And today I got a kiss from a sneaky boy.
I was like....okay.

Terkesima, tapi tak mengapalah sebab awak comel.
Next time, don't simply kiss a stranger, my dear.

Hmm no worry, he's only 4 :P
All of a sudden, he jumped into my lap and gave a peck on the cheek.

Haih budak budak comel sekalian, you made my day :)


Photobucket
This lil pie never wants to kiss me,
But I know he misses his kakak, a lot hahaha



It seems to be a pediatrician is still at top of the list.




Monday, July 18, 2011

Razzle Dazzle

Hari ni tiada mood berkata kata.
Tapi sebab semalam dah halfway nak post entry ni, teruskanlah jua (sungguhlah tak ikhlas ayat)
And gambar semua malas nak edit~

Went to Floria, Putrajaya.

Photobucket

Monday, July 4, 2011

Red Tulip

Ini sambungan entry hari itu.
Yang konon konon nak sambung later, tapi tak tertaip taip -_-"

Banyak dah upload kat FB.

Semua ni mostly gambar mereka berdua.
Oh mereka dah pulang ke Jordan dah pun last Friday.

During photoshoot session, saya tumpang menyemak ambil sekali je :P

Photobucket

Friday, July 1, 2011

Postcard

Birthday postcards to our leader, Angel Without Wings.

Park Jung Su :)

Photobucket

Stay healthy.
Stay strong.
Be happy.
And please get married after the military service.
I guess I won't be seeing you again. At least for two years T_T

Thursday, June 30, 2011

Enchanted

Pesanan ikhlas dari saya,
Jangan la teruskan niat untuk view post ini, jika internet connection anda slow (eg; Jaring huh)
Penuh gambar gambar je.

Monday, June 27, 2011

Double Dose

*Spam alert*


Tersangat comel sampai tangan cepat cepat copy link :)


Semalam,


Ulang tayang banyak kali, ulang gelak pun banyak kali.
83 liner, dua oppa yang punya dimple. Kyeopta.

Thursday, June 23, 2011

Hana

Saya punya banyak foto, banyak kata untuk dikongsi.
Tapi hanya satu cerita sahaja yang mampu dicuri masa.


Oppa


Heenim & Chocoballs!

Friday, June 10, 2011

Finally


Babe,

I AM EXTREMELY HAPPY FOR YOU. REALLY!

*big hug*


Photobucket

Sincerely, lots of love, Wae :)




..and to the 'dude' too hehe.



Wednesday, June 8, 2011

Pilot Entry?

I did change some settings of this blog and screwed up -_-"
Baru perasan there's something wrong with the newsfeed (I guess) after almost two weeks.Cis.
Jadi, ini adalah entry cubaan samada dah okay belum.
Rasa nak gelak kat diri sendiri tengok post title.

Maka untuk menampakkan kertas putih ini sedikit terisi marilah saya bercerita sedikit haha.

Friday, June 3, 2011

Homemades

Tamat sudah elective posting saya tadi.
Selain saya dapat duit upah (walaupun saya dah emphasize ini kerja sukarela)
Dan sebatang marker pen.
Saya juga dapat pengalaman (of course)
Maybe ini once in a lifetime saya jadi cikgu.
Sebab saya tak minat dan takde talent untuk mengajar2 budak budak sekolah.
Tapi oleh kerana saya suka kanak kanak yang comel (ya, saya sangat bias,saya suka yang comel je).
Jadi seronok jugak lah melayan~

Photobucket
Photobucket
Mari mulakan dengan dia si comel tapi pendiam/pemalu/sombong (pilih la mana satu)
Nama dia Syafiqah, setiap hari hanya dengar satu ayat je dari dia.
Dia memang tak bercakap dengan siapa2 kecuali abang dia.

Oh cuma semalam dia macam excited sedikit bila disuruh lukis hidupan ciptaan Allah.
Banyak kali dia tunjuk bunga bunga dia doodle (kot?).

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Oleh sebab hari ini hari terakhir Kem Fardhu Ain.
So, takde kelas.
Ada baca Yaasin, nasyid dan cabutan bertuah.

Tak dapatlah nak ambil gambar dengan anak anak murid saya.
Hari rabu hari tu ada sukan, tapi terlupa pula akan kamera untuk dibawa hmm.

Photobucket
Satu lagi budak comel, tapi dia tak pendiam mahupun pemalu.
Walaupun kecik tapi mulut macam pop corn tengah masak :P

Photobucket
Eyes on nasyid performance.

Photobucket
Muka muka excited pegang nombor lucky draw.

Photobucket
Kak Ngah & Kak Cik.
Walaupun Kak Ngah adalah kakak, tapi dia sangat manja kalah Kak Cik.
Dia akan ikut saya ke mana mana sahaja -_-"

Photobucket
Syafiqah, lagi. Haha.
Saya rasa macam stalker pulak bila gambar dia penuh dalam folder.

Photobucket
Firdaus (favorite name ever)
Pagi tadi, dia bagi saya sebatang marker.
Saya tanya nak buat apa.
Dia jawab untuk ustazah tulis la. Haha please jangan gelak dengan panggilan ini.
Sebab semalam masa nak menulis,marker takde ink.
Saya tanya lagi ambil kat mana.
Dia jawab dekat rumah.
Lepas tu saya jawab tapi kita dah takde kelas dah pun, tapi saya ambil je la marker tu dengan ragu ragu.
Marker tu baru tak pernah guna lagi.

Jadi bila waktu recess, saya bagi la balik marker tu, sebab saya tak mau dia membazir kan.
Tiba tiba muka dia sedih siap tunduk lagi and I was alamak!.
Kakak dia tiba tiba muncul dengan semangatnya bercerita,
Semalam diorang pergi Popular and Firdaus 'paksa' mak dia beli marker untuk ustazah.

Okay, my bad. Tidak appreciate.
Saya dengan tak malu nya mintak balik bagi saya supaya tidak kecil hatinya haha.
Sebaik dia kasi balik.

Perkara manis bila jadi cikgu.
Walaupun marker je pun kan, at least there are some people who love and appreciate you.

Tapi saya tiada passion lah dalam mengajar orang orang ini.
So that was one of many things I would like to do at least once in my life, not the rest of my life.
Other things are like bungee jumping, volunteer for natural disaster relief, scuba diving etc etc etc.

....


Photobucket
Hari itu tiba tiba rajin buat lasagna, first time.
Padahal pernah makan sekali je seumur hidup tu pun beberapa tahun yang lalu.
Tidak menggemarilah lasagna.

Tapi sebab dah ada bahan kan buat je lah.

Takde gambar after baked wahahaha
Sebab layers dia didn't stick to each other T_T
Tapi sedap! Hehe confident habis.

Photobucket
My first attempt too :)
Sebab buat dalam cup besar, maka setiap lapisannya sangat tebal.
Kena menggali dalam untuk sampai ke lowermost layer.
Oh saya tak letak whipped cream.

Photobucket
Tupperware & bowl punya senang sikit nak makan.

Okay sekian laporan "Masakan Pertamaku" hahaha!

...

Ada satu restaurant baru di Bangi yang menarik perhatian saya.
Little White Cafe
Hihi jom pergi try rase :)

OK dah habis membebel bye!



Okay, antara City Hunter, Lie To Me, Heartstrings, Ripley selain 49 Days dan Personal Taste,
Saya harus pilih satu dan yang satu itu perlu lah rated 'Must Watch'
Hmm.




Monday, May 30, 2011

Tiny Creatures

Dengan seriusnya, bila saya dengan ikhlas hati nak volunteer handle budak budak kecik.
Bukan bermaksud mengajar 45 orang kanak kanak 6 dan 7 tahun seorang diri, for crying out loud!

If you give me ten kids, I guess I can handle those little people.
You know, I've been taking care of my baby brothers like forever.
But 45 of them? Hmm.

Marilah start countdown, huaaaa~

Hihi, mereka panggil saya ustazah, but I insisted them to call me kakak.



Hey peeps, good luck :)


Sunday, May 29, 2011

Great, Just Great

Cis semalam.
Kalau ku tahu baiklah ku lepak depan tv tengok live sambil makan lasagna.
Kalau ku tahu DONGHAE tiada wujudnya T_T

Oh tiada apa yang dapat hanyalah kaki yang melecet lagi sakit.
Kerna berjalan dari parking ke centre point selama 40 minit memakai 3 inch wedges.
Saya impressed dengan diri sendiri kerana mampu bertahan.
Kakiku, miahne. I tortured you a lot.

Tak sampai setengah jam terus blah, sebab banyak sebab.
Sebab dah tak bertahan dengan benda benda camtu (crowded, suffocation, sweating sampai lencun).
Pastu nak kena catch the last train kat erl.
Pastu dan pastu lagi.
Sumpah tak pergi dah oi benda benda free ini haha

Photobucket

Photobucket

Itu je lah paling clean and clear yang mampu saya captured.

Saya jalan balik ke parking kaki ayam, memang selekeh.
Konon konon balik tu nak buat drift dah takut tak sempat hantar Ira.
Last last memang tak sempat pun terus hantar pergi rumah dia dan tumpang tidur.

Kelakar baca twitter local artists tak puas hati dengan SJ.
Ceh, takkan nak jemput korang kot, karang tak tercapai pulak sejuta belia tu.

Okay,titik.

....


Photobucket
You've got my eyes on you!

Saya tak pernah minat melayan rookie2 groups ni.
Last group yang caught my attention was 2AM, like 2 years ago?

Tapi tiba tiba entah macam mana ter click debut MV N-Train ini dan terus jatuh hati.
Lalu terus setia tunggu kat Allkpop tiap tiap petang nak tengok debut stage mereka.

Jungkyun, leader oppa yang handsome (yeay boleh panggil oppa)
Yujin, maknae yang comel (he's a dongsaeng)

They are all so talented, great voices.
Lupa nak cakap, mereka ballads group.
Jangan second single bertukar sudah lah.

...

2 performances, 2 most loved drama with 1 singer.
Baek Ji Young's That Woman (Secret Garden) and Don't Forget Me (Iris)

Yesung and Clazziquai are great too.

...


Oh triffle, bila kau nak menjadi?



Qeeda, mesti tangan awak dah berkulat sebab tak basuh basuh kan? Hahaha



Thursday, May 26, 2011

The Sweet Treat

Selamat petang.
Dah lama tak menaip di petang petang hari yang sunyi.
Sebab biasa busy memasak.
Hahaha please jangan percaya.

Post ini tiada hala tuju sebenarnya.
Just nak record new released videos yang saya suka!


Taylor Swift - The Story Of Us

Lagu ini from album Speak Now (yang dah berkurun keluar)
She wrote the song herself and of course inspired from her ex (tak sure ex yang mana satu)

Walaupun video dia tak secomel yang lain, tapi better lah dari Back To December punya.

Dan mana Speak Now punya MV?!



Okay seterusnya.



FT Island - Hello Hello

Welcome back dongsaeng ah!
Noona can't wait for your comeback later.

Mereka yang suka menghilangkan diri ke Jepun.
Tapi saya tak minat lagu JPop.

Walaupun saya suka lagu lagu CN Blue (especially Love Girl) , tapi saya lagi suka lagu FT Island!


Okay itu sahaja sebenarnya.
Kan dah kata tiada hala tuju haha.


Oh satu lagi.

Tadi baru tengok JMovie.

Hanamizuki.

Photobucket
Tentang pokok bunga, Dogwood tree.
Cantik, warna pink warna putih.
Bunga empat kelopak, heart shaped.

Photobucket
Tentang lighthouse.

Photobucket
Tentang fishing boat.

Photobucket
Okay, sebenarnya saya tengok cerita ni sebab Ikuta Toma ❤
Wahaha.
Walaupun character dia totally opposite with Nakatsu's in Hanakimi.
Tapi still kaca bergaya sebagai fisherman.

A humble, simple love story.
Simple yet beautiful.

Saya sukalah senang cerita.
Kalau tak saya tak buat review kan.

My Brother with Won Bin as loud, strong and hot tempered brother.
The movie was not bad.
About brotherhood and the mother.

Letters To Juliet was also not bad.
Another love story.
I fell in love with the setting, the place, Verona, Italy.


Watchable during your ample free time :)


Photobucket
Puding Cocktail semalam.

Hari itu Kek Batik, dan Puding Caramel, lagi.
Desserts orang pemalas macam saya, itu je mampu buat huhu

Semoga kerajinan itu bertambah sedikit untuk saya mampu buat Cream Puff atau Triffle.

Saya mengharapkan suami pada masa hadapan tak suka gulai/kurma/kari/masak lemak.
Sebab? Saya tak suka semua lauk tu.
Bila tak suka, maka sungguhlah tak rajin nak masak lauk berasaskan santan tersebut.
Boleh tak ada harapan macam tu?Boleh kan.


Dah la, mahu dinner bye.



Hampir terlupa sabtu ni oppa datang Putrajaya ❤
Excited hilang separuh sebab Heechul tiada.
Tapi tinggal separuh lagi sebab Donghae my namja huehue

Okay siapa pergi?Jumpa kat sana jom!




Monday, May 23, 2011

Felix Felicis

Photobucket

For you who went through all the nerve wracking weeks.
Soothe your anxiety and worries with pray and tawakal.
Innallah ma'ana :)

Saya baca balik satu nota yang saya tulis dulu, sebetulnya pada 8.34 malam 31 Mei 2010.
Betapa perasaan itu hanya Allah yang tahu.
Mungkin itu juga rasa yang awak punya sekarang, maybe.

Moga terus kuat dan maju ke hadapan.
Doa saya untuk kamu semua, hwaiting!


....


Airasia ada buat promotion baru tadi.
Tokyo dah sold out dengan cepatnya huihhh.
Dan encik bapa dengan lajunya book untuk bercuti cutian tahun hadapan.
Dan juga semestinya tanpa saya yang sibuk bila orang lain cuti *menangis*

Takde siapa ke yang teringin nak pergi Singapore ke, Bandung ke.
Tapi bila nak pergi tu, err tak sure.
Cuti raya cina next year?Haha.

Mood: Sedih, request nak balik Terengganu pun tak di layan sebab semua orang tak cuti.

Oh takpelah.


...


Okay, all the best untuk esok awaks, break a leg!



Kalau saya ada Felix Felicis, saya bagi setitik seorang err dalam mimpi?




Saturday, May 21, 2011

Twist

Photobucket

Semalam saya cakap sorang sorang, nak tengok Nur Kasih.
Tiba tiba ada dua orang menyampuk kata jom...okay.

Maka tadi pergi la Alamanda dengan confident nya tak reserved apa apa.
Sekali amek kau semua tiket sold out, yang 9 malam pun tinggal 5 seats yang berasingan,
Takkan nak ambil midnight, mahu kena halau tidur luar dengan Umi nanti haha

So, berhijrah la ke Jusco Mahkota Cheras.
Yang tinggal after Maghrib je pun, itu pun seat2 yang mendongak kepala hmm.
Round round buang masa tempat tu sampai melecet kaki last last lepak surau.

Tapi tak kesah, sebab movie tu sangat best!
Twist here and there.
Oh tak reti lah nak komen, tapi cerita dia superb lah.
Nanti komen banyak banyak spoiler pulak, eh ke semua orang dah tengok.

Yang sangat tak boleh blah nya ada nenek yang nak kene pimpin jalan tu pun gagah nak tengok sama -_-"

Ok, silalah tonton ye.



Itu je nak review hahaha
Nite!




Okay kawan saya tunggu awak dengan setianya :)




Monday, May 16, 2011

Jigsaw Puzzle

Photobucket
Photobucket
Photobucket

3 minggu lagi akan kembali semula :)


...


1) Selamat hari guru cikgu cikgu ku.
Terima kasih untuk semua ilmu yang diberi.
Moga Allah membalas semua.

Saya pun bakal jadi cikgu minggu depan hehe.


2) Hlovate's Contengan Jalanan dah selamat dihabiskan ke dua dua muka surat tengah, semalam.
Selepas berhari hari sebagai bedtime story.
Lately, pattern cara baca buku saya dah berubah, sehelai sehelai lama lama ke kulit akhir.
Macam Rooftop Rant, macam Versus,
Penuh dengan nasihat, kata kata berharga, self enrichment.
Kalau saya label sebagai wajib baca boleh?

Banyak phrases yang saya suka.
Nak quote satu tapi bukunya tiada di sisi.
Maka bacalah sendiri :P


3) Saya suka bilik saya, rumah saya, orang orang di rumah saya haha
Bilik saya itu macam reminiscence of my previous room in ktsn, masa 2nd year dulu.
Rindu kotak pink itu.

Dan juga rasa bersalah la pula walaupun saya langsung tak bersalah sebenarnya.
Budak budak di rumah sudah infected with pink virus.
Bilik semua warna merah jambu, alas kaki pun jugak, selipar bulu bulu, semua lah.

Lepas tu, mereka dah pandai beli wall sticker Fixpix Hyundae Sheet hahaha!
Best, macam main jigsaw puzzle yang complex tapi tak rigid. Imaginasi.

Okay, bilik masing masing dah cantik lagi jelita, maka sila study dengan tenang dan jayanya :)


4) Cuba dan cuba untuk qanaah segala benda ohhhh



Malam !




Oh terasa bunga bunga yang melampau la pulak, pusing.



Sunday, May 15, 2011

Vain

Hai 9 hari tak ketemu!
By the way, I love number 9.
I Am Number Nine, FYI.


Hari ini bawa student baru jalan jalan di hospital also known as our playground.
Setakat jadi tourist guide tu boleh la kot....?
Tapi bab memberi kata kata motivasi, tips or whatsoever tersangatlah bukan kepakaran saya.Photobucket
Macam best la pulak guna emoticon, tak yah susah susah type panjang panjang, kan Diba? :P

Dan ia juga berjaya menjatuhkan air muka saya yang tak seberapa ini.

Contoh situasi:
Berjalan jalan di wad nak tunjuk bilik tutorial.
Dan saya cuba terangkan function bilik tersebut, dan tiba tiba stuck, because I couldn't recall one important word.
Lantas saya tanya partner sebelah, "Ufairah, apa ek yang kita jumpa supervisor bincang2 tu?"
"Teaching."
"Oh haah teaching hehe."
Huh?

Pastu, bila lalu wad semua, macam blur itu wad apa ini panggil wad apa.
Haihhhh.
Bila saya kira kira, dah nak dekat 4 bulan saya tak masuk hospital jalan jalan di wad, except exam hari tu.
Logic la jugak kot ada ala ala memori loss -__-"

Epic fail la. Rejected facilitator hehe.

...

Sebab baru pindah rumah baru, tadi pergi beli washer machine, esok sampai yeay!


Photobucket

Okay tajuk gambar yang tak boleh blah.
Pre housewarming party what??

Padahal dinner sama sama dengan jiran depan je.

Nak buat housewarming, tapi makanan bawak sendiri ea :P


Oh satu lagi situasi yang menjatuhkan air muka saya yang memang tak seberapa tadi.

Dah decide nak order Domino's and then call lah.
Siap bagitau nama, alamat semua bagai.
Sampai part order, dengan confident cakap nak Classic Hand Tossed Aloha Chicken.
Pastu orang tu reply "Err, Hawaiian chicken ke?"
"Eh taklah, Aloha Chicken."
"Oh itu kat Domino rasanya."
Dan baru tersedar dah salah call dan cepat cepat kata "Oh yeke, jap eh, nanti call balik", dan terus letak phone.
Ces, sempat lagi dengar mamat tu gelak.
Salah ke ter over confident sekejap.


....



Okay pointless entry sebenarnya, sebab day 3 post tak siap siap lagi.
Gatal nak berphotoshop semua gambar, sampai bila bila pun tak siap la agaknya.

Oh saya tonton Thor semalam. Best!
Walaupun audio system kat MBO Vivahome agaknya untuk deaf people.



Okay la ngantuk.
Proses untuk membaiki jam biologi yang rosak.
Nite.



Menanam pokok bunga sakura, followed by bunga tulip.
Banyak pulak la bunga bunga ni.




Friday, May 6, 2011

Essence

Sesungguhnya fizikal mahupun mental saya sangat penat. Exhausted.

Semalam pindah barang ke tingkat 3. (Terima kasih Maryam & Joyah haha)
Dan tadi mengecat selama hampir 7 jam. (Terima kasih Joyah,lagi)
Agak agak dah turun sekilo lagi tak?
Mengharap sambil tutup mata.

Walaupun biceps mahupun gastronecmius saya dah sengal sengal.
Tapi takpe, saya cuba kehadapankan pemikiran saya dengan membayangkan bilik saya sudah lengkap jelita.
-_-"



Rella's current wallpaper.


By the way tadi singgah blog Nadiah,
Dan dia letak link personality test ini.
Thanks Nadiah, and Im sharing the result.

Saya memang suka menjawab soalan soalan macam tu.
Sebabnya? Macam macam.

And the result is INFJ.
Introversion.
Intuition.
Feeling.
Judgement.

Okay here the summary of some answers given.


Characteristics:
  • They are conscientious and value-driven. Using their intuitive skills, they develop a clear and confident vision, which they then set out to execute, aiming to better the lives of others.
  • They are, in fact, sometimes mistaken for extroverts because they appear so outgoing and are so genuinely interested in people. However, they are true introverts, who can only be emotionally intimate and fulfilled with a chosen few from among their long-term friends, family, or obvious soul mates.
  • They are quiet, private individuals who prefer to exercise their influence behind the scenes. They prefer one-on-one relationships to large groups.
  • They have a rich, vivid inner life, which they may be reluctant to share with those around them. Nevertheless, they are congenial in their interactions, and perceptive of the emotions of others. Generally well-liked by their peers, they may often be considered close friends and confidants by most other types. However, they are guarded in expressing their own feelings, especially to new people, and so tend to establish close relationships slowly.
  • They tend to be easily hurt, though they may not reveal this except to their closest companions. They may "silently withdraw as a way of setting limits", rather than expressing their wounded feelings—a behavior that may leave others confused and upset.
  • They tend to be sensitive, quiet leaders with a great depth of personality. They are intricately and deeply woven, mysterious, and highly complex, sometimes puzzling even to themselves.
  • Abstract in communicating, they live in a world of hidden meanings and possibilities. With a natural affinity for art, they tend to be creative and easily inspired. Yet they may also do well in the sciences, aided by their intuition.
  • Usually self-expression comes more easily to them on paper, as they tend to have strong writing skills.

Possible Career Paths:
  • Clergy/Religious Work
  • Teachers
  • Medical Doctors/Dentists
  • Alternative Health Care Provider; Chiropractor, Reflexologist
  • Psychologist
  • Psychiatrist
  • Counselors/Social Workers
  • Musician/Artists
  • Photographers
  • Child Care / Early Childhood Development

Relationships:
  • As lovers - warm, considerate partners who feel great depth of their partners.
  • They are perfectionist, constantly striving to achieve the perfect relationship.
  • As parents - they usually make warm and caring parents. They take their parenting role with ultimate seriousness
    and will make sacrifices for the sake of their children without a second thought.
  • As friends - They likely to put friends behind God and their families in terms of importance, but they do value their friendship.
  • They may have friends represented from any of the personality types and they are usually extremely intuitive individuals, who will have no patience for anyone they feel is dishonest and corrupt.



So what say you?
Am I revealing too much?
Nahhh, maybe yes..maybe no..

There are some parts which are so true.
and some parts left me to wonder.

But hey, look at possible career part, guess I'm on the right track...rite?
And supermom? Hoping to be one. Haha


OK, perlu tidur. Mata dah melalak lalak untutk ditutup T_T
Nite.


Takde siapa ke yang baik hati nak tolong hantar dan ambil esok ke kolej.
Dah tak larat da nak drive.



Tuesday, May 3, 2011

Cherry Blossom

Saya punya obsession terhadap ia.
Sejak sekolah rendah, sejak tengok Cardcaptor Sakura *oh Syaoran Li ♥*

Ingat lagi tak post lebih kurang setahun lalu.
I grow a Sakura tree inside my tiny room :)
Tengah fikir macam mana nak remove satu satu kelopak dan rantingnya esok.

Mood nak sambung day 3 tak sampai sampai lagi.
Tapi mood untuk edit obsession saya tiba tiba wujud.

Ok sila ctrl+click for the super large view -_-"



Flourishing pink.



Innocent,white sakura.



Cherry Blossom buds; to start a new life.



Growing up, hye Sunshine!



Half-blood flower. Hahaha. Maroon-baby pink hybrid.





All photos were taken at Changdeokgung Palace, Seoul.
Dan saya still terasa sedih sampai sekarang tak jejak ke Cherry Blossom Festival T_T




Kenapa saya nervous untuk esok?
Secara logiknya memang tak patut.
Tapi saya memang gelisah ala ala nak dapat result. Apekah?!
and I want my normal biological clock back!