Monday, June 24, 2013

Last Minute Passport Renewal, What To Do?

Somewhere in Bandung. June 2013.


Tajuk skema tak boleh blah. Kenapa? Sebab saya nak orang yang senasib seperti saya *sobs* search terus jumpa post ni.

Beberapa minggu lalu telah berazam untuk tulis this torturing experience *nangis lagi*

Okay, serious business now. Cewah.

Nota: Kalau malas baca, terus skip kepada kesimpulan di bawah. Hehe.

Few weeks back, sepatutnya plan nak pergi Turkey. Dah plan lama dah. Tapi SPA interview date yang sungguh mengacau hidup sangat lambat diketahui. Tak beli la ticket awal awal. Tiba tiba eh ada protest tak berhenti kat sana. Cancelled.

Pastu tiba tiba last minute, tukar pergi Bandung. It was so last minute. Ingat dah tak jadi pergi mana mana yang memerlukan passport. The flight was on Monday. So saya pun pergi la renew kat Putrajaya Jumaat before tu. Dengan berbekalkan memori dua tahun lepas buat passport pukul 3 pm then dapat sejam kemudian, betullah seperti yang dijanjikan. Malangnya, tidak ya tuan2 dan puan2. Sekarang datang petang, nombor dah habis. Setiap hari ada limited number je. Kira siapa cepat dia dapat la. I was like oookay, cepat sungguh masa berubah. Pergi la merayau kat Alamanda.

And saya tak tahu kewujudan Immigration Office yang buka sampai 10 pm. Cis.

Then next day ada family event yang kalau escape ala ala anak derhaka la. HAHA. Berat hati sungguh masa tu.

7.30 am Putrajaya.

Sunday. 7.30 pagi dah terpacak beratur nak ambil number. Oh my, dah berduyun dah orang beratur. Tepat pukul 8 pagi bukak kaunter. Pukul 8.05 minit dah habis number. Haruslah tak dapat. Weekend, number dia lagi sikit, 50 kot? Sikit sangat la. So kesimpulan, kalau takda hari lain nak renew passport except weekend, tak payah la susah susah nak pergi weekend. Buang masa sangat.

Time tu dah cuak. Flight esok kotttt. Terus speed pergi Kajang. Sampai je kat sana, nombor baru jee habis. Stress tak stress tak. Penat sungguh main game siapa cepat depat dia dapat ni.

So, nak tak nak kena la pergi awal pagi Isnin. Flight pukul 1.35 pm. Time tu dah 50-50. Pukul 7.30 pagi dah terpacak depan office tu kat Sungai Pelek. Dia punya staff pun tak datang lagi. Dapat la nombor satu. Tak tergambar kegembiraannya pada saat itu. Saat itu je la. Tiba tiba officer tu cakap, okay passport ni boleh ambil hari Rabu ye, even after dah merayu dan reasoned out. Whatttt?

Ada satu signboard kat satu roundabout yang tiap hari saya lalu. Maka ayat ayat itu memang dah tertanam kat memori la. Katanya, sekarang tak payah tunggu lama lama, passport boleh siap hanya dalam satu jam je. One hour my ***.

Lantas, saya pun berlari la Putrajaya. Dah la jam time tu, orang tengah nak pergi kerja. Kalau measure 24 hour cortisol level time tu, rasanya plateau sama tahap dengan level at 9 pm. Heh.

Sampai around 10 am. Nombor haruslah dah berbillion haha over. Nombor yang dapat tu memang tak promising la untuk dapat passport dapat before 12 pm. Time tu adik yang pegi ambil number, I terus beratur pegi kiosk. Kat kiosk tu khas untuk renewal. Kalau dapat renew, ambil resit, terus tunggu untuk collect, takyah beratur kat kaunter. Save time. Kononnya lah. Kenyataan: system down.

System down adalah normal. Jangan freaked out terus blah. Keep calm and terus beratur. Hampir sejam, barulah system okay. Tanpa segan silu, saya terus beratur jadi orang first walaupun lambat datang miahaha. Nampak tak betapa desperado nya. Well, what do you expect. Dan dan cip IC tak boleh detect. Time tu sikit lagi nak jadi Hulk.

Terus ke kaunter, tanya kalau number saya tu agak agak pukul berapa dapat and saya cakap la flight jap lagi, masa tu dah pukul 11 am. Akak tu dengan muka kerek *sabar je yang mampu* cakap apesal tak datang awal2 tunjuk ticket flight. That one crucial information I didn't get thru blogs/official website. Boleh rupanya.

Kalau nak ukur tahap rasa kebodohan time tu, sama la rasanya macam masa long case hari tu bila Profs tanya causes of deep vein thrombosis. Dapat sebut dua ke tiga je. DVT kot for God's sake. Tak tau la kenapa otak bengap sangat time tu. Tak tau la kenapa lembap sangat tak pergi tanya kaunter awal awal.

Tiba tiba rasa stress balik sekarang T_T

Pergi print ticket. So dia bagi la nombor baru. Urgent punya. Tapi still kena tunggu sebab ramai jugak la yang ada emergency. Time dia panggil dah pukul 11.30 macam tu. Bayar pukul 12 lebih. Masa tu dah give up, not totally lah. Pukul 12.30, my aunt called, gate dah tutup. Dia kata takpe la, dia tinggal credit card dia suruh beli ticket baru. Baik tak diaaa wahahaha. Time tu beban di bahu hilang separuh. Kalau duit sendiri, dah lama give up. Sebab duit orang, saya push jugak la go through all those pressures.

Tapi still anxious time tu, takut tak sempat siap cepat, nak kena beli ticket next flight pukul 6.45 pm, at least four hours prior. Finally, around 1.15 camtu dapat la seketul passport tu. Fuh fuh.

Sebab mesin tu kata, jangan senyum. But this picture is way better than the previous.


Maka, burn la ticket tu. RM400 jadi ashes. Heh.

Stress dia sikit lagi nak sama dengan stress nak pergi long case pro exam, the most stressful days I've ever had. Sure more stressful moments will come up in few months...or weeks. Wuwuwuwu.

Kesimpulannya;

1. Janganlah percaya sejam je boleh siap passport, unless dapat urgent number, takde maknanya.

2. Kalau urgent, terus pergi kaunter bagitau. Dia akan bagi special number. Siap highlight green color.       Tapi kalau office tu kecik punya, dia buat tak layan je. Hmphh

3. Kalau tempat nak renew tu ada kiosk. Gunalah. Tapi jangan lupa ambil nombor jugak kat kaunter. In       case la kan.

4. Datang la awal, seboleh awal yang mungkin. Kalau perlu camping depan office tu, bawak la blanket       sekali. Kahkah. Please jangan buat. Tapi sama je, kalau pergi macam kat Sungai Pelek tu, dapat             nombor satu pun tak membawa perbezaan.

5. Jangan lupa bawa passport lama, gambar background warna putih dua keping, salinan IC and cash.

6. Yang paling penting, silalah ada kesedaran renew passport awal awal. Tapi dah tajuk post ni pun           last minute. Haruslah untuk manusia yang tiada kesedaran (atau mungkin emergency) hehe.


Sekian. Tips untuk hari ini.


Oh, siapa nak p Bandung dua hari satu malam after dapat gaji nanti semata mata nak borong kain boleh roger. Shopping je, yang lain tak dibenarkan. Sila roger hahaha. Idea dengan Zatil time boring2 tunggu turn interview. Ahah. Masalahnya, adakah kau begitu pasti dapat cuti sewenang - wenangnya masa housemanship karang? Oh you wish.

Gambar Bandung? Mana ada orang amek gambar masa shopping. Haha.




Boring nya la post ni takda banyak gambar. Bye.


3 comments:

blackpearl said...

patutla kt plik awk berjaye smpai kat sane.mmg penuh onak duri awk nk pgi ke sane.sabo jelaaa hahaha

adibah zakaria said...

haha najwa..nervous betul sy baca post awak nie..pening otak nk hadam..xsangka awak secekal itu..haha

n a j w a e said...

blackpearl? tak payah nak yul sangat. alhamdulillah sampai jugak.


diba, bangga tak awk ada kawan setabah macam saya? wakaka