Assalamualaikum :)
Lama lama lama sangat tak post pasal food kat sini. Sebab leceh nak ambil gambar dengan Gojess si dslr setiap kali main masak masak (bajet sangat selalu masak ceh). Hari ni teringin makan apam. Tapi apam ni lain. Bukan apam tepung beras tu. Ni apam tepung gandum campur air soda. Haha saya pun baru tahu lepas google resipi.
Macam mana tetiba boleh teringin kat kuih ni? Sebab tengok blog Cik Mizah letak kek pelangi dia warna pink putih tu terus teringat akan apam aiskrim soda ni. Jarang kot jumpa orang jual apam ni kat pasar malam.
Dulu dulu masa tadika, pagi ahad selalu pergi pasar depan rumah Tok. Salah satu benda yang wajib beli adalah apam bentuk aiskrim ni la. Kata nama aiskrim, so bentuk dia supposedly cone shaped. Tapi saya buat empat kon je. Tak kuasa sangat nak melipat kon berbelas belas. Bentuk lebih kurang macam gambar atas ni la.
Haa yang ni apam aiskrim original Cornetto size, yang tadi mini version, khas untuk Naqib hahah
Mana mana yang comot tu si Naqib buat hahaha. Adalah 4,5 cups jugak dia isi.
Kalau apam yang jual kat pasar tu biasa warna pink dan cream (original colour). Tapi saya tambah hijau. Pink hijau kan trend sekarang hehe (padahal tu je pewarna yang wujud dekat dapur...)
Gembira tak terkata, first attempt terus menjadi. Apam ni sangat fluffy okay. Please la buattt hahah. Nah resepi, kat blog ni: Jintan Manis.
Satu lagi, kalau nak letak chocolate siap kat Azlita Masam Manis. Blog ni selalu jadi reference saya, foodography dia awesome sangat! Cantek.
Alang alang dah bercerita pasal food, sekali harung la letak gambar gambar random dalam Gojess.
Red velvet cake yang comot. Tapi yang penting cream cheese kegemaran melimpah ruah. Sebab tu terlebih rajin nak buat. Extra cream cheese :D
Pavlova yang tak bermake-up lagi. Rasa teringin la pulaks. Tapi non dairy whipping cream punya la susah nak jumpa derr.
Arrabbiata my style also known as campak campak bahan yang ada di dapur.
Carbonara my style jugak. Takde sotong udang, ikan pun boleh masuk hahah. Oh tiba tiba lapar. Padahal baru makan tak sampai sejam -,-
More colours, more merrier.
More colours, more merrier, again. Pointless betul.
Lasagne in the making. Is it too sinful to love my own cooking? HAHAHA. I'm definitely loving this. My future husband, hope we got similar taste bud :P
Till then, salam.
Heechul's posts flooding my news feed. Love it.
2 comments:
Okay menyesal tengok post ni. Saya teringin nak makan sume benda yg awak post tuuu, please? it's my dying wish
Resepi dah diberi, sila cuba jaya hehe