Thursday, September 22, 2011

My Precious Eleven

Tak tahu kenapa,
Saya sangat suka baca blog2 kepunyaan wanita2 comel yang punya tulisan terlalu comel.
Yang buat saya melawat saban hari untuk melihat post terbaru.
Eh, eh bukan. Saya bukan stalker.
Saya tak reti nak stalk2 orang ni, di luar bidang kepakaran saya.

Okay takde point sebenarnya.
Saja melalut di malam buta, setelah 3 hari berturut pergi kelas extra awal (before 7 tahu)
Esok boleh pergi lewat,ehe!
Tapi lewat sikit je la, setakat setengah jam lewat je.
Cukup cukup masa untuk mengelakkan lapisan mucosa perut saya terus menipis.



....


Selepas satu hari yang penuh sehingga 10 malam tadi,
Tiba tiba terasa ingin bermain main dengan brush di photoshop.
Tapi tak sampai 5 minit, terus pangkah.
Sebab semua attempts nampak tak kena.
Haih.

Jadi gambar warna dan tone yang biasa biasa je lah ada.

Photobucket
Bunga bungaan ini semua diambil pada 1 Syawal yang lalu.
Bila mana semua orang busy bersalam salaman dan bermakan makanan.
Saya masih tak masuk masuk lagi sebab tersangkut di depan pasu bunga Tok Su Harun.

Anggerik yang jelita.


Photobucket
Sedang saya cuba sedaya upaya mengambil gambar lelebah menghisap madu.
Di kala itu lah saya rasa macam mahu menyeru nyeru,
"Macro lens, di manakah kau menghilang, please muncul di tanganku segara T_T "


Photobucket
Roses are forever. Eh macam pernah dengar suatu ketika dahulu haha.
Haruslah forever and ever.
Nama pun bunga plastik, fake.
Eh apesal tiba tiba emo nih.


Photobucket
Alrite, bunga kegemaran kecil kecil dahulu.
Cabut dan hisap madu nya yang tak sampai 0.00001 ml pun sebatang.
Tapi tetap tak putus asa.
Konon konon nak contohi lebah yang rajin, lama lama jadi madu sebotol.
Tapi tu lah, impian tinggi seorang kanak kanak.

Alah cumil nya dia kalau semua kembang.
Tengok, siap ada semut lagi kerumun.
Macro lens oh macro lens.
Eh, saya anti semut.
Sebab semut selalu mencemar duli di kulit saya T_T



Photobucket
Kat dalam rumah tok sedara saya itu ada board besar yang bertajuk,
Salasilah & Keturunan Sheikh Abdul Malik / Tokku Pulau Manis.

Masa kecik dulu pernah la nampak family tree ni kat rumah Unyang, tapi atas kertas mahjung je la time tu.
Nama saya takde pun atas kertas tu...
Dan hari tu, bila tengok board biru di atas, nama saya dah ada :D
Lepas tu dah makin upgrade, track sampai ke nabi Adam ke Nabi Muhammad. Amboi.
Siapakah gerangan yang sungguh bersungguh sungguh mencari salasilah tok moyang beliau ini.
Impressed betul.

Saya nih cousins saya berapa ramai pun saya tak tau -_-"

Saja je bagitau, mana la tahu ada yang tiba tiba, eh kita sedara rupanya.


....


Hati dan tangan meronta ronta nak membina template baru untuk Wonderwall ku ini.
Tapi otak kata, stop stop, kau nak exam, sila bertahan.
And saya pun terima je lah cakap beliau, okay saya sabar.

Make a wish, take a chance, make a change.

Dan juga misi ini, kembali lagi!
Sebab yang lepas tu macam ala ala berjaya la kan.
Hampir.
Gembira gembira pastu lupa.
Grrr.

Photobucket
Aww, such a cute number :)
Hye 42, we'll meet again, soon, real soon.


Dah la, melampau lampau menaip sampai 1 pagi.
Selamat malam semua, mimpi indah.



p/s : Entry lalu, lupa mahu review The Smurf ( I smurfly smurf you ) dan
Love Delight album by Davichi ( saya suka Love, My Love cop! huehue)

pp/s : Eleven huh?





2 comments:

Maryam Abdul Hadi said...

Aduh. Panjang nya post.

1)Sy tahu awak stalk sy.

2)Gambar itu cantik. Boleh hantar kat National Geog online. Dapat saguhati boleh kasi 20%. heh heh.

3)Amboi memang melampau lah jejak sampai nabi Adam. Memang kite b'saudare. kih2.

4)lol itu berat saye currently. kih kih kih. Mane buleh tiru berat orang -__-

n a j w a e said...

1)so awak nak kata awak wanita comel yg punye tulisan comel lah?HAHA

2)terima kasih.nanti saya buat buku "bunga bungaan di rumah to sedara saya" (mcm buku cerita kanak2 la pulak)

3)oh sedara~~rupanya kau sentiasa di sisi.bluekkk.haha.sy x prnh dgr lagi sy ada sedara kat thai :P

4)tolong la naikkan berat badan awak tu. karang angin lalu tolak badan awak camne?,sy tolong tgk je ehehe