Post kedua untuk pagi ini :)
Siapa suruh tertidur pukul 10 tadi.
Mata dah terang berderang sekarang, siapa suruh SIAPA SURUH?! *tiba tiba*
Okay ini entry penuh dengan gambar.
Lebih kurang 40 keping out of 1000 yang perlu di screened -_-"
Dan saya tertanya tanya kenapa saya snap gambar banyak sangat dalam satu hari.
By the way itu hotel punya breakfast.
Kimchi makan dengan scrambled egg - memang tak masuk.
Cereal dia sangat sedap, tak tahu la dia letak apa haha.
So our 4th day in Seoul, last year - Everland, Yangjae.
About an hour & half from Gangnam, Seoul.
Sebenarnya after balik dari negara oppa last year, saya teringin sangat nak buat travelog.
Bagi guides and tips semua, one by one.
Sebab sebulan tau saya siapkan itinerary nak pergi sana (sambil buat report JKM haha)
Dan blog2 yang tulis pasal experience diorang kat sana amat dan sangat berguna lagi penting untuk saya.
Dan nak cari setiap satu blog yang cerita in details pasal trip diorang tu bukannya senang ye.
So saya pun bertekad lah nak buat satu.
Supaya mudah untuk orang lain dan saya pada masa hadapan (ada hati nak pergi lagi tu)
TAPI, tapi tuan tuan dan puan puan.
Sifat procrastination dalam diri saya amat lah kuat.
Tak tahu bagaimana lagi nak kikis dan sental sifat mazmumah itu T_T
Maka, minta maaf.
Tak dapat nak bertravelog, tak ingat dah la semua nya.
Lagi lagi kat Timah, akak mintak maaf ye adik dorm.
Awak dah selamat kembali dah pun hehe :P
Saya bersungguh sungguh habiskan jugak cerita pasal SK walaupun oudated bukan apa,
1) Sebab ramai nya lah kawan kawan yang pergi sana dan
Ia buat saya teringat akan sisa sisa gambar yang masih setia dalam Amethyst (hard disk saya)
2) Sebab lepas ni nak update gambar lain pulak heeeee :D
Promoter tak berbayar.
Dia punya entrance ada theme middle east sikit.
Which kitorang mistook as mosques.
Sempat memuji, eh baik nya diorang bina masjid bagi kita solat.
Haah, iyolatuh.
Sedikit gambar kanak kanak saya curi curi snap kat sini, saya pernah post dulu sini :)
Pink tulips with a bee.
Bee tu tak mau duduk diam, gave up jadikan dia model.
We rode this ship, and it made me believe that I could actually fly haha
And this one too! The steepest wooden roller coaster, they said.
FYI, saya tak pernah naik roller coaster.
Setakat yang macam kanak kanak punya tu pernah la.
Tapi yang macam ni besar dan panjang dan curam tidak lah pernah berani.
Mungkin kerana kesejukan, lalu otak saya gagal berfungsi dengan rasional.
Maka saya yang beriya iya nak naik.
Dapat la jugak saya rasa apa itu nystagmus dan vertigo lepas tu HAHA.
Masuk bahagian kegemaran.
Kenapa saya pergi Everland walaupun jauh beribu batu dari Seoul?
Sebab dia ada Tulip Festival <3
Tiba tiba feeling macam kat Holland pulak masa tu.
Gambar tulip je ada 300 lebih.
Jadi pejam mata je pilih lalu upload, habis cerita.
Saya rasa dia kacuk la ni.
Yang warna merah jambu semua dah nak layu.
Haha bee! Gotcha!
Nama tulips yang atas - Apeldoorn.
Color dia sangat vibrant!
Colorful <3
Kalau tengok cerita korea diorang pergi theme park mesti pakai hairband.
Macam Andy & Solbi.
Macam Hwang Bo & Hyun Joong.
Macam Eeteuk & Sora.
Macam Donghae oppa <3 & Eunsoe.
Muka tak berapa ikhlas, tapi hati sangat girang sebenarnya.
Eh rabbit, sama la dengan Donghae punya hari tu hahahaha!
Spotted, encik encik askar pun nak aegyo -_-"
Sambil beratur queue yang amat lah panjang nak naik Roller Coaster.
Sempat la kami singgah kandang & reban yang berdekatan.
Tengok itik.
Arnab.
Dan juga kambing biri biri.
Eh dan juga bunga kelopak besar yang pernah di jumpai di Changdeokgun semalamnya.
Warna dia sangat jelita dan blend dengan langit biru yang tiada langsung awan.
After kepala macam weng sikit naik Roller Coaster tu.
Beratur lagi nak naik bus pergi Safari World pulak.
Melawat haiwan dengan hanya di halang cermin bas sahaja.
Kalau sekali tigress ni pms lalu mengamuk terkam bas, tak tahu lah apa jadi dengan kami.
Mengasah taring mungkin.
Giraffe, sama je rupa dia dengan kat zoo negara, Melaka atau Taiping haha
The Big Big Bear Bear <3
Dia sangat comel rasa nak culik bawa balik rumah bagi Si Bulat.
Hai Yogi!
Dan haiwan lain yang saya malas nak upload dah haih.
After that, beratur lagi untuk naik benda ni pulak.
Kitorang satu bot dengan 4 orang minah korea.
Yang saya kira adalah budak budak sekolah.
Oh my, they talked so loud -_-"
Selepas itu melawat haiwan lagi dan lagi.
Apa ni? Chipmunk eh?
Hahaha comel.
Mata dia macam ada thyrotoxicosis.
Queued up untuk naik so called cable car.
Ala yang Donghae malu malu naik dengan Eunseo tu haha (nak jugakkk)
Siapa yang nausea boleh la cepat cepat scroll down haha.
Setahun sekali je letak selca ni.
Time ni boleh la lagi la nak berselca2.
Sekarang harap maaf, self timer pun tak hingin *sobs*
Pokok botak.
Oh ini last ride kitorang.
Dan ini la paling best. Sangat!
Rasa macam ada sayap terbang kat udara.
Tak sempat nak ambil gambar time dia berpusing.
Dining hall.
Konon nak solat kat sini, sebab macam bersih dan takde orang.
Pastu jumpa nursing room, hehe, tukar plan.
I love this view.
Bulan tak mengambang.
Oh pergi sana janga lupa bawa marker pen.
Sebab boleh join budak budak sana bervandalisme hahaha
Diorang ni conteng merata rata, I mean every single place.
Mungkin itu art and legal hehe.
The Magic Tree.
Tak banyak rides pun naik sebab ramai gilos orang.
Time tu school holiday rupanya maka di mana mana ada manusia.
So kalau nak pergi, check la jadual cuti diorang dulu ye.
2 comments:
yeay.ds wk nk g everland pulak..thank you for info wae :)
skrg school holiday ke tak?
kalau tak, memang heaven la main kat sana wehh waaaa~ best2
enjoy!