Assalamualaikum.
Akhirnya sedikit kerajinan telah muncul untuk korek balik album 2011! Rupa-rupanya update last year terhenti sampai Day 4 je, ingat dah Day 6.
Day 5. Seoul SK trip in 2011. HAHA. Ada ke orang still update benda yang sangat oudated. Sangat. Sangat. Sumpah la tak ingat details dah. Kena buka itinerary balik kalau nak tau. Malas :P
Namiseom or Nami Island or Naminara Republic or Winter Sonata. Pilih mana satu, semua sama hehe. Tempat ni famous sebab Winter Sonata punya shooting location (kalau ada yang tak tau lagi la kannn).
That's the wharf. Kami naik bas dari Insadong. Turun kat Jongno-3ga station (line 5) dan bas tu tunggu depan Tapgol Park pukul 9 pagi (nampak tak terajin refer itinerary hahahaha)
We booked our seats and tickets three days earlier, dengan bantuan akak dekat information counter. So dapat beli sekali roundtrip bus tickets and entrance ticket. Total: 23000 Won. Book first, bayar masa naik bas ye.
Sambil menaip konon konon dengar Winter Sonata OST. Sebab sedih sangat lagu dia rasa macam nak tarik bantal tutup muka, terus tukar kepada Master's Sun & Good Doctor (promote lagi!)
Inilah ferry yang bawak from mainland to the island. Kejap je, 10 ke 15 minit camtu. Masa tengah beratur nak masuk ferry ni, ada la sekali rombongan budak budak high school. Tiba tiba menegur. Mungkin mereka nak mengasah English mereka, tapi saya masih mamai baru bangun tidur sepanjang dalam bas sebelum tu haha. Jawab la sepatah dua.
Spot the Jalur Gemilang.
Kalau taknak naik ferry, boleh naik flying fox khas untuk couple. Jimat masa, bayar extra :)
Selamat Datang. Thanks for being so welcoming.
Oh, kalau pergi Korea sila bawa Sharpie pelbagai warna untuk melakar 'I wuz ere' or mungkin trend sekarang 'I is here' kahkahkah. Serius, merata tempat ada tulisan, toilet, dustbin, kerusi, semualah! Itu bukan vandalism, itu adalah arts okay. Kalau ku tahu dulu, sudah sedozen marker pen dibawa.
Kalau malas nak sapu daun kering depan rumah, boleh la buat camni. Pastu bagitau mak, ini adalah arts. Dasar.
Alamak, sebenarnya ini adalah bentuk four-leaf clover which is uncommon and it means lucky. Info dari The Greatest Love. Sekian.
Inilah tempat first kiss diorang which is saya tak ingat pun. Err sebenarnya, tak tengok penuh pun cerita ni. Tengok awal awal pastu ending haha. Maklumla, duduk asrama.
Tempat ni saya ingat! Diorang buat snowman sama sama. Haha. Apekah.
Autumn paling gorgeous! Masa saya pergi nak kata spring takde bunga, nak kata fall pun takde warna oren bagai. Warna dull je. Hmm next time eh.
Point gambar ni? Sebab ada BYJ & CJW...what?
Shot depan cermin adalah wajib. Asalkan bukan cermin toilet.
Ini adalah check point yang penting ye kawan kawan....
...sebab ada poster gedabak buah hati kesayangan hamba yang sudah diambil orang hahaha. Takpe, Heechul is back, so I'm letting you go my first Korean crush ever *pangggg! supaya waras kembali*
Zaman di mana saya masih suka peluk teddy bear masa tidur. Sekarang semua dah inherit kepada da sista.
Sampai sekarang tak tau la apa nama bunga ni. Kelopak dia besar besar. Kat mana mana jumpa time tu selain si cherry blossom.
This is one of my favourite shot. It should be me sitting there hahah. Dialah yang nak amek gambar, dia jugak la nak pose.
Ada banyak restaurant kat situ. Tapi tak tau berapa banyak yang halal. Pandai pandai la cari ye kalau pergi. Kitorang makan Kimchi Fried Food (nasi putih + telur goreng + kimchi) and Patbingsoo (shaved ice with red bean).....tak sedap.
Banyak sangat watermark. Yeah, I just love my name. HAHA. Taklah...
Kimchi fried food tu kena goncang goncang macam ahjummonims ni buat. Ala macam Goguma Couple makan tu (nak jugak).
First time tau jadi orang ketiga ni hahaahah
Cikda konon konon taknak posing lettew
Another favourite shot of mine. Kalau takde orang di latar belakang, it would be perfect!
One of tree lanes. Banyak betul pokok beratur. p/s: sampai sekarang menyesal pakai brown shirt tu as an outwear.
Sweet sangat tau couple cycling ni. Basikal boleh sewa. Besar kot pulau ni. Tiga empat jam juga la berjalan. Tu pun tak habis pergi semua ceruk.
Ini game kat Korea. Siapa boleh susun batu paling last before semua jatuh. Atau mungkin hiasan sahaja haha. Keulsaeyo?
Pokok botak.
See? Kat mana mana ada 'arts'.
And binatang binatang kat sini sangat friendly.
Ini pun favourite snap jugak! Okay dah malas taip caption.
Pastu kitorang mintak tumpang solat kat Unesco tadi. Ada tempat rehat kat belakang hall tu. Aunty tu baik sangat (walaupun rasanya dia tak paham pun kenapa kitorang nak lepak situ).
Layankan kanak kanak riang bersuka ria hehe. Tanned tak kulit saya? Haha. Bajet temperature yang dingin takyah la pakai sunblock. Padahal masa tu takde awan. Matahari direct je terus ke kulit. Hari kelima gelap terus muka.
Motif? Bag yang pernah disayang sentiasa. Sekarang mungkin dah recycled jadi apa tak tau. Aku sebuah beg.
Feeling autum sekejap. Masa tu masih baru, colour masih vibrant.
Most favourite shot! Nampak lonely tak hahah
Bunga dan saya tidak boleh dipisahkan. Saya nak fresh flower masa convo nanti okay. Taknak teddy bear chocolate semua *tiba tiba*
Satu satunya benda yang saya bawa pulang! Postcard gambar oppa huehue
Masa sampai kat Seoul dah malam dah. Terus pergi Itaewon, makan kat Indian restaurant. The closest to Malaysia cuisine. Buffet and it was quite pricey (food kat Itaewon semua pricey). Tapi dessert kat gambar tu sedap, susu + almonds + nasi. Apa tah nama dia.
Kat depan tu ada bakery untuk buat stock breakfast.
Dan strawberry yang gemok dan fresh. Tiap tiap hari beli makan dengan nutella.
Wah dah habis! Dari seribu lebih gambar, cut down to hundred. Pastu select lagi untuk publish. Terima kasih Lightroom memudahkan kerja ku.
Kesimpulannya, Nami Island adalah sangat romantik! Sekian. HAHA
Next. Final day. Insadong -- Incheon Airport. Oh akhirnya boleh move on ke Sydney.
Till then. Salam!
3 comments:
kt terharu tgk awk post kat blog awk balik,stlh berkurun lamenye.hahaha
kata freeee~
mmg terserlah ke-free-an awk.hahaha